faq lokasi aduan peta


SINOPSIS BUKU TERBITAN MAIK

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SINOPSIS BUKU TERBITAN MAIK

Hubungi: Unit Penerbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Tel: 09-746 2348 / 013- 996 4363 (Whatsapp - Penerbitan). Potongan 20% sehingga 60% dengan pembelian buku di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Buku - buku keluaran MAIK ini juga boleh didapati di Perkhidmatan Van Zakat Bergerak, MAIK atau dengan mengisi Borang Pembelian Buku DI SINI

BIL JUDUL BERAT (g) HARGA (RM)
1  Adab Orang Islam  398  RM 23.00
2  Asas Aqidah Islam  558   RM 20.00
3  Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama’ah  140  RM 15.00
4  Bahasa Istana D'Raja Kelantan 439   RM 35.00
5  Bibliografi Kelantan : Satu Senarai Awal Sehingga 2018 598   RM 55.00
6  Bimbingan Fardu Ain 133   RM 10.00
7  Celik Wang 261   RM 10.00
8  Doa-doa Pilihan Dari As Sunnah & Al Quran 282   RM 11.90
9  Fatwa Kerajaan Negeri Kelantan (Jawi) Jilid 1 241   RM 15.00
10  Fatwa Kerajaan Negeri Kelantan (Jawi) Jilid 2 204   RM 13.50
11  Fathul Muin 560   RM 23.00
12  Furu' Al-Masa'il 625   RM 30.00
13  Gelaran Warisan Kelantan 230   RM 25.00
14  Halaman Adat Istiadat Raja & D'Raja Kelantan 1223   RM 160.00
15  Istana Balai Besar 1302   RM 150.00
16  Jati Diri Bangsa 895   RM 50.00
17  Kelantan - Patani 725   RM 45.00
18  Mus'ab Bin Umair 132   RM 16.00
19  MAIK : Its Role in The Field Of Religion, Education and Publication in Kelantan  Until 1990 523   RM 30.00
20  Meluruskan Kefahaman LA ILAHA ILLAL'LAH 181   RM 15.00
21  Precise Tafsir Of The Noble Quran 463   RM 30.00
22  Panduan Penyelenggaraan Jenazah 148   RM 15.00 
23  Peringatan 150 Tahun Masjid Muhammadi 310   RM 35.00
24  Puri Kencana :  Kulit keras 1075   RM 125.00
25  Puri Kencana :  Kulit Lembut 951   RM 75.00
26  Seni Pidato KDYMM Sultan Muhammad V 1050   RM 100.00
27  Syair Penghayatan Al-Quran 286   RM 25.00
28  Syair Adat Istiadat Kesultanan Melayu Kelantan (Kulit Keras) 577   RM 70.00
29  Syair Adat Istiadat Kesultanan Melayu Kelantan (Kulit Lembut) 468   RM 60.00
30  Teladan Kanan-kanak 354   RM 15.00
31  Tata Rakyat Negeri Kelantan (I) 244   RM 10.00
32  Tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2)  879   RM 60.00
33  Ulama’ Besar Pattani (Rumi) : Kulit Lembut 1016   RM 50.00
34  100 tahun pengasuh 1072   RM 70.00
35  Majalah Pengasuh 188   RM 4.00

 ** Sila rujuk kos penghantaran (Quote Pos Laju) di https://www.pos.com.my/

Paparan:

Penulis: Raja Norafida Raja Idris | Jumlah Halaman: 135 halaman | Harga: RM35.00 (Kulit Keras)

RALAT PADA HALAMAN 110: Tokoh yang bernombor 84 Haji Abdul Wahid Sungai Udang, Melaka sebenarnya ialah Haji Husin Umbai yang meninggal dunia pada 15/10/1979.

Selain bercerita tentang sisi sejarah Masjid Muhammadi yang telah menjangkau usia 150 tahun pada 2017, buku ini juga berkisah tentang “Universiti Terbuka” atau nama rasminya Halaqat Kitab Masjid Muhammadi ini. Dalam buku ini anda boleh menemukan beberapa nama guru utama yang sangat berperanan dalam mengajar dan mendidik santri-santri mereka, di samping menyenaraikan 100 nama santri yang sempat terdidik lewat halaqat ini sebelum muncul menjadi tokoh-tokoh besar di berbagai tempat dan negeri. Turut dirakamkan juga ialah nama-nama kitab daras yang digeluti mereka sehingga melayakkan mereka menjadi tokoh-tokoh ulama yang disegani dan dihormati pada zamannya. Kecuali itu buku ini juga diperkaya dengan senarai nama-nama imam, bilal, khatib dan petugas masjid, sejak awal hingga akhir, yang bertanggungjawab mentadbir, mengatur dan mengurus masjid sehingga mampu muncul menjadi antara masjid terkemuka di Malaysia.

Buku ini ditulis dan diselenggarakan oleh satu tim penulis yang kompeten dan dikenal ahli dalam bidang kajian sejarah dan budaya tempatan negeri Kelantan, termasuk sejarah ulama dan dakwah Islamiyyah yang menjadi mercu tanda negeri ini. Sungguh suatu rakaman sejarah dan dokumentasi yang sangat menarik untuk disemak dan diabadikan!

Penulis: A. Aziz Deraman | Jumlah Halaman: 534 halaman | Harga: RM50.00 (Kulit Keras)

‘Jati Diri Bangsa’ bukan sekadar untuk dimengerti takrifnya, tetapi bagaimana kedudukan semangat patriotisme bangsa Malaysia, penghayatan aspirasi Perlembagaan, pemikiran budaya, status bahasa, isu pendidikan, amalan nilai-nilai budaya murni, aspek kesenian, citra keislaman dan kemelayuan, sikap generasi muda dan bagaimana situasi Malaysia dalam dunia global. Beberapa imbauan terhadap usaha menegakkan keperibadian bangsa, matlamat perpaduan dan keseimbangan kehidupan kemanusiaan dengan pembangunan moden Malaysia dilontarkan dalam teks ini bersandarkan falsafah dan pemikiran tentang kehidupan berbangsa dan bernegara.

Penulis: Ismail Che Daud | Jumlah Halaman: 597 halaman | Harga: RM60.00 (Kulit Lembut)

Buku ini adalah sambungan kepada buku pertama yang telah diterbitkan sebelum ini. Bezanya, kalau buku pertama menyenaraikan tokoh-tokoh ulama’ yang meninggal sebelum tahun 1957, maka buku kedua ini mengandungi nama-nama ulama’ yang meninggal selepasnya, hingga tahun 2000.

Hampir semua ulama’ dari berbagai negeri di Semenanjung Melayu terwakili dalam buku ini; berawal dengan negeri Legor (Thai: Nakhon Si Thammarat) di sebelah utara, membawa kepada negeri-negeri Melayu di selatan seperti Patani, Kelantan, Kedah, Terengganu, Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka. Setiap negeri, paling sedikit, menampilkan seorang ulama’ sebagai wakilnya, kecuali, dengan maaf, bagi negeri-negeri Johor, Selangor, Pahang dan Pulau Pinang yang tidak terwakili.

Penulis: Mohamad Kamil Hj. Ab Majid | Jumlah Halaman: 67 halaman | Harga: RM16.00

Buku ini mengisahkan perjalanan hidup seorang Sahabat Nabi SAW, iaitu Mus’ab bin Umair yang telah mengorbankan kehidupannya, baik dari segi harta benda mahupun jiwa raga, demi mempertahankan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Secara ringkasnya, buku ini mengisahkan empat fasa kehidupan beliau bermula dengan fasa kehidupan beliau sebelum memeluk agama Islam yang dalam serba kemewahan, diikuti dengan fasa yang kedua iaitu ketika beliau dilantik menjadi duta dakwah yang pertama dalam sejarah Islam. Fasa yang ketiga pula mengisahkan keterlibatan beliau dalam medan perang bersama dengan Nabi Muhammad SAW. Manakala yang terakhirnya mengisahkan peristiwa beliau gugur syahid di medan jihad dalam Peperangan Uhud dalam keadaan yang serba kedaifan.

Penulis: Sarji Kasim | Jumlah Halaman: 176 halaman | Harga: RM25.00

Buku ini menghidangkan kepada pembaca maksud isi kandungan al-Qur’an dalam bentuk syair. Ia diberi judul Syair Penghayatan al-Qur’an. Ia bermula dengan surah al-Rahman hinggalah surah al-Mursalat dengan mengetengahkan olahan maksud al-Qur’an dalam bentuk syair Melayu yang dikarang melalui tranformasi teks. Isi teks utama diambil berdasarkan dua buah kitab tafsir yang terkenal iaitu Tafsir al-Munir yang dikarang oleh Wahbah al-Zuhaily dan Tafsir al-Azhar yang dikarang oleh Hamka. Buku ini memuatkan 22 syair dengan 1092 rangkap yang dapat dijadikan rujukan untuk memperkaya ilmu Islam dan juga dapat menikmati estetika dan poetika syair Melayu. Dapatkan segera !.

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2350
Kelmarin3094
Minggu Ini11108
Bulan Ini22394
Jumlah Pengunjung24137845

Pedoman Tartil Dalam Ilmu Tajwid