faq lokasi aduan peta


SYARAT SKIM BANTUAN

BANTUAN PERSEKOLAHAN

PENGENALAN :
Merupakan bantuan yang diberikan secara “one-off” bagi menampung perbelanjaan anak yang bersekolah sama ada peringkat rendah atau menengah

KATEGORI ASNAF : Fakir, miskin dan muallaf

SYARAT-SYARAT:
  1. Beragama Islam
  2. Pemohon adalah rakyat negeri Kelantan yang menetap di negeri Kelantan dan sekiranya bukan rakyat negeri Kelantan, pemohon disyaratkan bermastautin di negeri Kelantan serta tidak menerima bantuan daripada pusat zakat negeri kelahiran / asal.
  3. Menepati kaedah-kaedah penentuan asnaf fakir dan miskin sebagaimana yang telah ditetapkan
  4. Pemohon mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak / tanggungan yang belajar di sekolah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Yayasan Islam Kelantan (YIK)
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
  1. Salinan Kad Pengenalan / surat beranak pemohon, pasangan dan tanggungan
  2. Salinan akaun Tabung Haji dan salah satu akaun bank berikut yang masih aktif ; Maybank / CIMB / Bank Islam / Bank Rakyat
  3. Salinan sijil kematian, surat perakuan cerai pemohon dan pasangan (jika berkaitan)
  4. Salinan slip gaji / penyata pencen pemohon dan pasangan sekiranya bekerja kerajaan / swasta atau pengesahan pendapatan sekiranya tiada slip gaji
  5. Salinan surat pengesahan perubatan, laporan polis kes kemalangan, kebakaran, bencana alam, kematian, kecurian dan lain-lain (jika berkaitan)
KADAR BANTUAN:
Kadar bantuan diberikan RM150 seorang secara “one off” bagi seorang pelajar dalam bentuk tunai / kelengkapan persekolahan
(tertakluk kepada perubahan semasa ; kelulusan mesyuarat / Timbalan Yang DiPertua / Pegawai yang diberi kuasa)

KAEDAH PERMOHONAN / PELAKSANAAN
  1. Borang permohonan diedarkan kepada masjid bandar / jajahan / mukim berdasarkan kuota yang ditetapkan
  2. Pihak masjid hendaklah mewujudkan satu jawatankuasa bagi pemilihan calon penerima bantuan yang dipengerusikan oleh imam
  3. Pihak masjid hendaklah menyediakan senarai calon penerima dan disahkan oleh Imam Tua / Muda, Pengerusi Biro Kebajikan dan Setiausaha Masjid
  4. Pemohon yang terpilih hendaklah mengisi borang bantuan persekolahan yang diedarkan melalui imam masjid bandar / jajahan / mukim
  5. Pemohon hendaklah menyerahkan borang bantuan berkenaan kepada imam masjid bandar / jajahan / mukim masing-masing
  6. Borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang diperlukan diserahkan kepada MAIK melalui masjid bandar dan jajahan
  7. Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau memberi keterangan palsu akan ditolak
  8. Bantuan disalurkan kepada ketua isi rumah secara tunai melalui imam masjid bandar / jajahan / mukim kecuali bagi kes-kes tertentu
CARA BAYARAN:
Bayaran secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada masjid bandar / jajahan dan diagihkan secara tunai kepada imam masjid mukim / penerima

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1263
Kelmarin3091
Minggu Ini14710
Bulan Ini86084
Jumlah Pengunjung22970688