faq lokasi aduan peta


SOALAN LAZIM

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Frequently Asked Questions - All FAQs

Please select your question category

Search FAQs
View all frequently asked questions

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Pengurusan Sumber Manusia di hr [at] e-maik [dot] my atau berhubung terus di talian 09-7481512.

Iklan kekosongan jawatan akan dipaparkan dari semasa ke semasa

Pelajar yang berminat untuk menjalani latihan praktikal di MAIK bolehlah menghantar surat permohonan untuk menjalani latihan kepada MAIK atau emelkan permohonan kepada Unit sumber Manusia di hr@e-maik.my

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Kewangan di kewangan [at] e-maik [dot] my atau berhubung terus di talian 09-7481512.

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa tertakluk kepada Pekeliling Pentadbiran MAIK Bilangan 1 Tahun 2011 bertarikh 27 Januari 2011, pengambilan cek-cek di MAIK perlulah dipatuhi sebagaimana berikut :

Pengambilan Cek oleh Penerima :

Penerima cek perlu mengemukakan kad pengenalan bagi tujuan semakan oleh kakitangan MAIK
Penerima cek perlu menandatangani ruangan akuan penerimaan cek di senarai pembayaran dengan mencatatkan nama, nombor kad pengenalan dan tarikh pengambilan cek

Pengambilan Cek Oleh Ibu/Bapa

Sekiranya penerima tidak dapat menghadirkan diri bagi mengambil cek, penerima cek boleh mewakilkan kepada ibu/bapa untuk mengambil cek bagi pihak dirinya

Ibu/Bapa kepada penerima cek perlu mengemukakan kad pengenalan beserta dengan salinan kad pengenalan penerima cek bagi tujuan semakan oleh kakitangan MAIK

Ibu/Bapa kepada penerima cek perlu menandatangani ruangan akuan penerimaan cek di senarai pembayaran dengan mencatatkan nama, nombor kad pengenalan dan tarikh pengambilan cek.

Pengambilan Cek Oleh Wakil Selain Daripada Ibu/Bapa

Sekiranya penerima cek atau ibu/bapa kepada penerima tidak dapat menghadirkan diri bagi mengambil cek, penerima cek boleh mewakilkan kepada individu yang dikenalinya dengan melampirkan surat perwakilan kuasa yang ditandatangani oleh penrima cek dan wakil yang mengambil cek.

Individu yang mewakili penerima cek perlu mengemukakan kad pengenalan beserta dengan salinan kad pengenalan penerima cek bagi tujuan semakan oleh kakitangan MAIK.

Individu yang mewakili penerima cek perlu menandatangani ruangan akuan penerimaan cek di senarai pembayaran dengan mencatatkan nama, nombor kad pengenalan dan tarikh pengambilan cek.

Pengambilan Cek Oleh Pembekal /Wakil Syarikat Pembekal

Pembekal/kakitangan syarikat yang hadir bagi mengambil cek syarikat perlu menandatangani ruangan akuan penerimaan cek dan dicop dengan 'rubber stamp' syarikat serta mencatatkan nama dan no kad pengenalan masing-masing.

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Zakat di zakat [at] e-maik [dot] my atau berhubung terus di talian 09-748 1512.

Cara Bayaran 01 : Membayar di Kaunter Zakat Pejabat MAIK

Cara Bayaran 02 : Membayar melalui Skim Potongan Gaji

Cara Bayaran 03 : Membayar zakat melalui Pos Malaysia Berhad

Cara Bayaran 04 : Membayar melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Cara Bayaran 05 : Bayaran zakat di kaunter Pejabat Pos

Cara Bayaran 06 : Bayaran zakat melalui Internet Banking

Cara Bayaran 07 : Membayar menerusi Portal MAIK (e-Zakat Payment) - zakat.e-maik.my

Cara Bayaran 08 : Membayar zakat di Kaunter Baitulmal / Pusat Mini Pungutan Zakat MAIK

Cara Bayaran 09 : Membayar melalui kaunter Zakat Bergerak

Cara Bayaran 10 : Membayar melalui aplikasi mobile (MyMAIK Apps)

Cara Bayaran 11 : Membayar di kaunter MAIK, UTC Kota Bharu (Tingkat 2)

Ya, pembayaran zakat boleh dibuat kepada MAIK walaupun bekerja di luar Negeri Kelantan.

Anda boleh terus memohon untuk membuat Potongan Gaji Bulanan dengan mengakses eptg.e-maik.my
MAIK akan berurusan dengan pejabat gaji atau majikan pembayar untuk pelaksanaan potongan gaji.

Setiap Pembayar Zakat MAIK boleh mendapatkan Penyata Bayaran Zakat Tahunan melalui sistem e-Pembayar MAIK epembayar.e-maik.my

Anda boleh mengemaskini alamat dengan memaklumkan kepada MAIK melalui e-mel zakat@e-maik.my atau berhubung terus dengan kakitangan Unit Pungutan Zakat di talian 09-748 1512.

Terdapat dua garis panduan mengira zakat pendapatan, sama ada:

  1.  Pendapatan kasar setahun (sekiranya melebihi nisab) X 2.5% = jumlah zakat wajib dibayar
  2. Pendapatan yang layak dizakat (melebihi nisab) - perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan X 2.5% = jumlah zakat yang wajib dibayar

**https://zakat.e-maik.my/v8/kalkulator

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Zakat di zakat [at] e-maik [dot] my atau berhubung terus di talian 09-7481512.

Tidak sah kerana suami sudah wajib memberi nafkah kepada isterinya

Sah kerana adik tidak menanggung nafkah abangnya

Boleh dan sah diberikan atas asnaf amil, hamba mukaatab, berhutang dan berperang. Dibenarkan dan sah memberi zakat sekiranya mereka itu termasuk daripada golongan asnaf yang boleh menerima zakat seperti orang yang berhutang, amil, fi sabilillah dan selainnya sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitabnya:

Para Ashab Syafie’yyah menyebut, dan diharuskan memberi (zakat) kepada anak dan bapanya daripada bahagian golongan amil zakat, al-mukatibin (golongan dalam perjanjian), golongan yang berhutang dan golongan yang berperang apabila memiliki sifat-sifat tersebut. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 6/229)

Selain itu, di dalam al-Fiqh al-Manhaji menyatakan, sekiranya mereka (ahli keluarga) bukan daripada golongan fakir atau miskin, seperti golongan berhutang atau musafir, orang yang menanggung nafkah mereka dibenarkan memberi zakat harta kepada mereka sebagai golongan yang disifatkan tersebut. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji ala Mazhab Imam al-Syafi'e, 2/65).

Jumhur ulama' (Malikiyah, Syafi’iyah, dan Hanabilah) menyatakan bahawa adalah wajib untuk dikeluarkan dalam bentuk nilainya (qimah) dan bukannya dalam bentuk barang yang diperdagangkan. (Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al Islami wa Adillatuhu, 2/794-795)

Zakat hanya boleh diagihkan kepada Individu Muslim yang merdeka sebagaimana disebut dalam kitab Al-Bughyah Al-Mustarsyidin" sebagaimana nasnya “Tidak berhak masjid sesuatu daripada zakat, kerana zakat itu tidak harus diagihkan padanya kecuali kepada seorang individu muslim yang merdeka" (Rujuk Al-Bughyah Al-Mustarsyidin m/s 106)

Tidak dibolehkan kerana amil zakat telah dibayar habuan amil

Harus membuat pembayaran zakat sebelum cukup haul kecuali zakat fitrah yang hanya boleh dibayar sebaik sahaja masuknya bulan Ramadan

Zakat yang dibayar tetap sah tetapi perbuatan tersebut berdosa kerana menyalahi arahan pemerintah agar rakyat membayar zakat kepada pemerintah / ulil amri

Haul ialah tempoh nisab harta berada dalam simpanan sebelum ditunaikan zakatnya, iaitu 12 bulan mengikut kalendar Hijrah. Secara umum haul bagi zakat harta adalah satu tahun hijrah bersamaan 354 hari. Walau bagaimanapun demi kemaslahatan umum, haul yang dikira mengikut kalendar Masihi masih boleh diterima dengan mengambil kira perbezaan jumlah hari tersebut

Pemberian zakat kepada orang bukan Islam adalah dilarang sama sekali menurut pandangan Imam Syafie. Begitu juga dengan alim ulama' feqah dalam Mazhab Syafie, kesemuanya menyatakan pendapat yang serupa termasuklah Imam Al-Syirazi dan Imam Nawawi.

Walau bagaimana pun ada juga ulama' yang membenarkan pemberian zakat kepada non-Muslim kerana ia termasuk dalam golongan ‘Muallaf Qullubuhum’, iaitu mereka yang ingin dijinakkan hati mereka. Menurut pendapat mereka, peruntukan ini termasuklah mualaf dan mereka yang masih belum memeluk Islam.

 Antara ulama' yang menyatakan keharusan memberikan zakat kepada orang bukan Islam ialah seperti Dr. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi, Dr. Abd Karim Zaidan dan Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar.

Ya, boleh diperawalkan bayaran zakat (digalakkan) dengan cara membayar terus atau boleh juga menunggu tempoh haul setahun

Menurut pandangan Imam al-Syafie r.h.m, pemilik harta yang memberi hutang kepada orang kaya wajib membayar zakatnya setiap tahun walaupun belum menerimanya. Ini adalah disebabkan kuasa menuntut dan keupayaan membayar oleh pihak berhutang dan kemungkinan melakukan tasarruf pada harta tersebut. Ia sama seperti barang wadiah (yang ditumpangkan atau ditinggalkan pada jagaan seseorang)

Pengiraan zakat padi adalah mengikut cara penanaman padi berkenaan. Bagi padi yang ditanam menggunakan jentera serta menggunakan air hujan, zakat yang dikenakan adalah pada kadar 10% daripada hasil tuaian. Nisab bagi zakat padi adalah pada kadar 5 Ausuq (937.5kg). Waktu tunai zakat adalah sebaik sahaja hasil tuaian diperolehi

Ya, wajib membayar Zakat Perniagaan walaupun mengalami kerugian jika nilai harta perniagaan tersebut masih mencukupi / melebihi nisab tahunan

Tidak sah kerana binaan / bangunan tidak termasuk dalam kategori asnaf zakat

Zakat simpanan merujuk kepada jumlah wang terkumpul yang melebihi nisab selama setahun. Manakala zakat pendapatan dikenakan ke atas pendapatan tetap seseorang yang melebihi nisab

Tidak, hanya barangan yang diniatkan untuk dagangan sahaja diambil kira dalam pengiraan zakat perniagaan

Tidak dikenakan zakat ke atas harta-harta tersebut tetapi dikenakan zakat ke atas pendapatan yang diperolehi daripada hasil sewaan yang disimpan mengikut syarat-syarat

Tidak sah, kerana orang yang ingin menunaikan umrah / haji tidak termasuk asnaf yang layak menerima zakat

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Zakat di zakat [at] e-maik [dot] my atau berhubung terus di talian 09-7481512.

Harta perniagaan akan dikira berasaskan nilai-nilai yang terdapat dalam kunci kira-kira sesebuah perniagaan atau taksiran inventori yang ada.

Penghutang perdagangan atau Akaun belum terima akan dizakatkan apabila diyakini penghutang tersebut akan membayar balik ataupun ada bukti-bukti yang membolehkan hutang tersebut dikutip semula adanya cagaran,surat jaminan bank dan sebagainya.Bagi kes penghutang yang diragui kutipannya,zakat tidak dikenakan ke atasnya.

Menurut Imam Syafie,tidak ada syarat hutang dalam menentukan sama ada harta tersebut layak nisab atau tidak.Menurutnya orang yang berhutang wajib membayar zakat kerana harta yang diperolehi dengan cara hutang dianggap harta sendiri kerana peminjam berhak untuk menggunakan mengikut kehendaknya jika harta itu menjadi miliknya dan sumber untuknya.

Komponen dalam aset semasa boleh berpunca sama ada daripada modal (ekuiti) atau pinjaman pelaburan atau aktiviti jual beli. Maka pada tarikh taksiran zakat perniagaan dilakukan, hanya item-item aset semasa yang cukup syarat milik sempurna akan dikenakan zakat setelah mengambil kira tolakan, pengecualian dan pelarasan yang dibenarkan. Sebab itu dapat diperhatikan bahawa syarikat yag rugisekali pun mungkin mempunyai aset milik sempurna yang cukup syaratnya dan cukup nisab, seterusnya wajib membayar zakat.

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Baitulmal di talian 09-7481512.

Fidyah bermaksud denda bagi orang yang meninggalkan puasa di bulan ramadhan dan tidak sempat menggantikannya pada tahun yang sama.

Baca Lagi

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menetapkan kadar bayaran fidyah bagi 1 hari puasa yang ditinggalkan adalah sebanyak RM 1.75 untuk secupak beras (675 gram).

  1. Meninggalkan puasa kerana tua
  2. Meninggalkan puasa kerana sakit kronik
  3. Meninggalkan puasa kerana mengandung dan menyusukan anak
  4. Melewatkan qada puasa

Buatlah anggaran bilangan hari yang telah ditinggalkan puasa mengikut sangkaan (kecenderungan) yang paling kuat dan ihtiyat (lebih berhati-hati).

Contoh : Seseorang tidak tahu berapa hari dia telah tinggalkan puasa, tetapi dia hampir pasti tidak lebih dua minggu. Jadi gantilah sebanyak dua minggu kerana itu yang lebih diyakininya dan lebih berhati-hati.

Begitulah juga halnya dengan kiraan bilangan tahun yang telah dilangkau, jumlah tahun adalah berdasarkan bilangan yang lebih diyakini.

Pihak pewaris perlu membuat anggaran hari, kemungkinan seminggu atau lebih atau keseluruhan bulan puasa.

Pertama sekali, kira semasa arwah mula sakit berat dan tidak mampu berpuasa penuh. Kiraan untuk orang uzur adalah tidak berganda.

Contoh:

Bilangan Hari    Bilangan Tahun Sakit  X RM 1.75 (kadar fidyah)

Sekiranya arwah jenis yang berpuasa penuh dan amanah dalam menjalankan ibadat puasa selama hidupnya, tidak perlu dikira fidyah sejak baligh. Sekiranya ingin membuat kiraan juga, pewaris hanya perlu membuat anggaran hari dan anggaran tahun didarab dengan kadar fidyah (RM 1.75).

MAIK sudah menyediakan beberapa kemudahan untuk anda membuat kiraan dan bayaran fidyah;

  • Boleh datang ke Kaunter di Ibu Pejabat MAIK, Kota Bharu.
  • Boleh bayar secara online (Sistem e-Fidyah) di Portal MAIK, aplikasi MyMAIK Apps atau aplikasi MyPay.
  • Boleh buat pindahan wang ke Akaun Baitulmal MAIK (BIMB : 03018010165559) dan emelkan maklumat pembayaran kepada Unit Baitulmal: baitulmal@e-maik.my

Antara sumber-sumber Baitulmal :

  • Sumbangan Kerajaan
  • Pemberian (Hibah)
  • Derma / faedah bank
  • Harta Luqatah (barang yang ditemui)
  • Harta pusaka yang ditentukan faraidh terhak kepada Baitulmal
  • Wang / harta tidak patuh syariah

Pemohon yang berminat untuk menyewa premis Baitulmal MAIK perlu mengisi Borang Permohonan Sewaan Premis. Borang ini boleh didapati di kaunter Baitulmal MAIK atau muat turun borang melalui Portal Rasmi MAIK 

Luqatah adalah barang yang ditemui, disesuatu tempat yang bukan milik seseorang. Misalnya, seorang muslim menjumpai akan sesuatu barang lalu ia khuatir tersia-sia barang itu, kemudian ia memungutnya. contohnya emas, jam, dan lain-lain

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Waqaf di talian 09-7481 512.

MAIK sedaya upaya akan membuat lawat siasat terhadap aduan kerosakan bangunan MAIK dalam tempoh 2 minggu.

Cara mewakafkan hartanah ialah dengan menulis surat rasmi permohonan kepada pihak MAIK bersama-saa dokumen berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Resit Hasil Tanah terkini
  • Salinan Geran Tanah
  • Surat Cara Wakaf

Boleh. Jemaah Ulama mengharuskan berwakaf dalam bentuk wang tunai. Pihak MAIK menerima pewakafan wang tunai dan akan menukarkannya dalam bentuk harta kekal (bangunan/hartanah). Sumbangan Wakaf Tunai boleh disalurkan melalui kaedah berikut :-

  • Kaunter Wakaf di MAIK
  • Sumbangan menerusi Portal MAIK e-waqaftunai di www.e-maik.my atau waqaf.e-maik.my
  • Bank Islam : 03-018-01-016270-3 *sila hantar salinan slip bank ke pejabat MAIK beserta borang sumbangan waqaf tunai
  • Cek diatas nama : Majlis Agama Islam Kelantan *sila lampirkan borang sumbangan waqaf tunai

Status pewakafan atau pengesahan tanah wakaf boleh dibuat dengan menghantar surat rasmi perkara berkaitan dengan melampirkan doumen berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan Pewakaf
  • Salinan Geran
  • Pelan Akui daripada JUPEM
  • Salinan Borang 12A/12B
  • Apa-apa dokumen berkaitan tanah daripada Pejabat Tanah Jajahan berkaitan.

Terdapat 4 kategori iaitu :-

  • Wakaf Am / Keagamaan
  • Wakaf Kesihatan
  • Wakaf Pendidikan
  • Saham Wakaf / Pembangunan Projek

Ya, Tuan / Puan layak mendapat pengecualian cukai untuk sumbangan Waqaf Tunai mengikut Seksyen 44 (11D) Akta Cukai Pendapatan

Tuan / Puan boleh melengkapkan borang sebagaimana pautan berikut: https://www.e-maik.my/v2/index.php/muat-turun-awam/borang-permohonan-mewakafkan-tanah-dan-surat-cara-wakaf/viewdocument/349 dan hantar kepada MAIK bersama-sama dokumen di muka surat 1 (individu) atau 2 (syarikat)

Tuan / Puan boleh melengkapkan borang potongan gaji sebagaimana pautan : https://www.e-maik.my/v2/index.php/muat-turun-awam/borang-potongan-gaji-waqaf/viewdocument/768 dan menghantarkan satu salinan dokumen kepada majikan dan satu salinan kepada MAIK

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Pengurusan Projek di talian 09-7481512.

  1. 1. Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan penyelenggaraan masjid/surau/kubur?

    Pemohon boleh memuat turun borang permohonan yang disediakan di dalam Portal Rasmi MAIK atau mengambil borang di Unit Pengurusan Projek, Bahagian Pembangunan, Aras 3 MAIK.

  2. 2. Apakah bentuk bantuan penyelenggaraan masjid/surau/kubur yang disediakan?

     **Bantuan penyelenggaraan masjid/surau

    • - Permaidani
    • - Alat Siaraya
    • - Sumbangan penyelenggaraan / pembaikian (contoh : bumbung bocor, baikpulih tandas, pembaikian tempat wuduk dan lain-lain)

     **Bantuan penyelenggaraan tanah perkuburan Islam

    • - membina pagar tanah perkuburan Islam
    • - Menambun tanah perkuburan Islam
  3. 3. Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon kebenaran bagi mengubah suai/membina baru/meroboh masjid mukim?

     Dokumen yang diperlukan adalah: 

    • - Tanah tersebut hendaklah berstatus tanah wakaf MAIK (salinan pengesahan tanah wakaf/ pelan)
    • - Surat permohonan daripada AJK masjid mukim
    • - Minit mesyuarat masjid mukim yang menyatakan persetujuan AJK masjid dan sumber kewangan (Derma / Dana Korporat)
    • - Pelan lakaran oleh arkitek yang bertauliah bersize A3 (pelan yang ditandatangani dan dicop oleh Imam Tua / Pengerusi Masjid dan arkitek yang bertauliah)
    • - Penyata akaun masjid terkini
  1. 1. Adakah keempat-empat penama perlu diambil pengesahan jika atas geran tanah ada 4 penama?

    Bagi Bantuan Rumah Asnaf:-

    • - Pemohon ada tanah sendiri boleh diproses permohonan.
    • - Bagi geran tanah yang mempunyai ramai penama perlu ada akuan sumpah kesemua penama.
    • - Jika tiada penama atau penama datuk nenek tidak layak untuk diproses dan perlu membuat tuntutan pusaka terlebih dahulu.
  2. 2. Bagaimanakah pemohon yang tiada tanah ingin memohon bantuan rumah, apa penyelesaian lain yang dapat membantu pemohon untuk memenuhi syarat ditetapkan? 

    Pemohon boleh menggunakan geran tanah ibubapa sahaja.

  3. 3. Jika permohonan diluluskan untuk kali pertama, adakah pemohon boleh memohon untuk kali kedua. Apakah jarak masa atau tempoh yang dikhususkan untuk kali kedua?

    Pemohon hanya diberi 1 kali sahaja untuk memohon bantuan tersebut.

  4. 4. Bagaimana Untuk Memohon Bantuan Rumah Kediaman MAIK?

    Pemohon hanya boleh memohon Bantuan Rumah Kediaman MAIK melalui Sistem E- Agihan di Masjid-Masjid Bandar yang terpilih dan berdekatan dengan tempat tinggal pemohon  dengan membawa sekali dokumen-dokumen yang lengkap yang diperlukan untuk pengisian borang online oleh kerani masjid tersebut. Masjid- Masjid yang terlibat adalah seperti berikut :

    • - Masjid Bandar Mahmudi, Bachok, Kelantan
    • - Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan
    • - Masjid Bandar As-Salam , Pengkalan Chepa, Kelantan
    • - Masjid Bandar Sultan Muhammad II , Telipot, Kelantan
    • - Masjid Bandar Sultan Mansor Kg. Sireh, Kota Bharu, Kelantan
    • - Masjid DiRaja Long Yunus ,Langgar, Kota Bharu, Kelantan
    • - Masjid Al-Sultan Ismail Petra ,Kubang Kerian, Kelantan
    • - Masjid Bandar Sultan Muhammad III ,Pasir Mas, Kelantan
    • - Masjid Ismaili ,Tumpat, Kelantan
    • - Masjid Sultan Yahya Petra Machang, Kelantan
    • - Masjid Bandar Tg. Muhammad Faris Petra Kuala Krai, Kelantan
    • - Masjid Bandar Ibrahimi ,Pasir Puteh, Kelantan
    • - Masjid Tg. Muhammad Faiz Petra, Gua Musang, Kelantan
    • - Masjid Sultan Muhammad I ,Jeli, Kelantan.
  5. 5. Apa keperluan dokumen yang diperlukan Untuk Memohon Bantuan Rumah Kediaman MAIK?

    • - Salinan Kad Pengenalan Pemohon
    • - Salinan Kad Pengenalan Pasangan (jika cerai, selitkan sijil cerai, jika mati, selitkan sijil mati)
    • - Salinan Kad Pengenalan anak-anak (masih dalam tanggungan & tidak dalam tanggungan)
    • - Slip Gaji/pencen/surat akuan pendapatan pemohon
    • - Slip Gaji/pencen/surat akuan pendapatan pasangan
    • - Salinan Geran Tapak Tanah Rumah yang Nak Dibina
  1. 1. Adakah bantuan pemulihan rumah kediaman akan dikreditkan terus kepada akaun pemohon?

    Permohonan Pemulihan Bantuan Rumah Kediaman MAIK tidak dikreditkan terus ke dalam akaun pemohon. Pihak MAIK akan melantik kontraktor untuk kerja-kerja pembaikian /pemulihan rumah asnaf.

  2. 2. Apakah syarat-syarat untuk memohon Bantuan Pemulihan Rumah Kediaman?

    Syarat-syarat untuk memohon Bantuan Pemulihan Rumah Kediaman MAIK  ialah tergolong di dalam asnaf fakir miskin, mempunyai tanah sendiri,jika tanah milik ibu/bapa hendaklah ada akuan kebenaran bersumpah yang ditanda tangani oleh pesuruhjaya sumpah, rumah yang didiami milik sendiri bukan rumah sewa, tanggungan anak yang ramai, pendapatan yang tidak melebihi had kifayah, jika pernah mendapat bantuan pemulihan rumah kediaman pada tahun-tahun sebelumnya tidak layak untuk membuat permohonan baru.

  3. 3. Bagaimana untuk memohon Bantuan Pemulihan Rumah Kediaman MAIK?

    Pemohon boleh memohon Bantuan Pemulihan Rumah Kediaman MAIK dengan mengisi sendiri melalui online dengan melayari Sistem E- Agihan di portal MAIK atau ke  Masjid-Masjid Bandar yang terpilih dan berdekatan dengan tempat tinggal pemohon  dengan membawa sekali dokumen-dokumen yang lengkap yang diperlukan untuk pengisian borang online oleh kerani masjid tersebut. Masjid- Masjid yang terlibat adalah seperti berikut :

    • - Masjid Bandar Mahmudi, Bachok, Kelantan
    • - Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan
    • - Masjid Bandar As-Salam , Pengkalan Chepa, Kelantan
    • - Masjid Bandar Sultan Muhammad II , Telipot, Kelantan
    • - Masjid Bandar Sultan Mansor Kg. Sireh, Kota Bharu, Kelantan
    • - Masjid DiRaja Long Yunus ,Langgar, Kota Bharu, Kelantan
    • - Masjid Al-Sultan Ismail Petra ,Kubang Kerian, Kelantan
    • - Masjid Bandar Sultan Muhammad III ,Pasir Mas, Kelantan
    • - Masjid Ismaili ,Tumpat, Kelantan
    • - Masjid Sultan Yahya Petra Machang, Kelantan
    • - Masjid Bandar Tg. Muhammad Faris Petra Kuala Krai, Kelantan
    • - Masjid Bandar Ibrahimi ,Pasir Puteh, Kelantan
    • - Masjid Tg. Muhammad Faiz Petra, Gua Musang, Kelantan
    • - Masjid Sultan Muhammad I ,Jeli, Kelantan.
  4. 4. Adakah keempat-empat penama perlu diambil pengesahan jika atas geran tanah ada 4 penama?

    Bagi bantuan baikpulih rumah asnaf :-

    Ya perlu sekiranya tiada nama pemohon dalam geran (rumah ibubapa/ saudara).-  Tidak perlu, sekiranya pemohon ada nama dalam geran.
  5. 5. Jika permohonan diluluskan untuk kali pertama, adakah pemohon boleh memohon untuk kali kedua. Apakah jarak masa atau tempoh yang dikhususkan untuk kali kedua?

    Pemohon hanya diberi 1 kali sahaja untuk memohon bantuan tersebut.

  6. 6. Adakah pemohon boleh memohon untuk menyiapkan rumah yang terbengkalai dengan menggunakan bantuan pemulihan rumah.

    Tidak boleh kerana bantuan pemulihan rumah hanya untuk membaiki kerosakan-kerosakan sahaja.

  7. 7. Apa keperluan dokumen yang diperlukan untuk memohon bantuan rumah kediaman MAIK?

    • - Salinan kad pengenalan pemohon
    • - Salinan kad pengenalan pasangan (jika cerai, selitkan sijil cerai, jika mati, selitkan sijil mati)
    • - Salinan kad pengenalan anak-anak (masih dalam tanggungan & tidak dalam tanggungan)
    • - Salinan nombor akaun bank pemohon
    • - Slip Gaji/pencen/surat akuan pendapatan pemohon
    • - Slip Gaji/pencen/surat akuan pendapatan pasangan
    • - Salinan geran tapak tanah rumah yang nak dibina
      

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Pengurusan Kompleks Islam Jubli Perak di talian 09-7715772.

Permohonan bolehlah dibuat dengan menghantar surat permohonan kepada pihak pengurusan MAIK beralamat di Kompleks Islam Darulnaim, Lundang selewat-lewatnya dua minggu sebelum program. Bagi pengguna dalaman, bolehlah mengisi borang yang telah disediakan.

Boleh. Namun, surat permohonan perlulah dihantar segera.

Buat masa sekarang, tempahan untuk penggunaan dan penyewaan kemudahan-kemudahan di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra adalah terhad kepada jabatan-jabatan kerajaan negeri serta bagi program kerjasama dengan MAIK.

Tidak. Penggunaan Dewan Utama di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra bagi tujuan kenduri adalah tidak dibenarkan.

Antara kemudahan yang terdapat di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra ialah Dewan Utama, Dewan Serbaguna, Dewan Makan, Bilik Penginapan, Rumah Tamu, Masjid, dan Asrama.

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Pengurusan Darul Aitam di talian 09-7715772.

Pemohon yang berminat dan layak bolehlah membuat permohonan melalui imam mukim masing-masing. Permohonan ini hendaklah dihantar ke pejabat Daru l Aitam untuk ditapis. Lawat siasat akan dilaksanakan sebelum panggilan temuduga dibuat. Tapisan kedua akan dibuat melalui temuduga yang dibuat.

Penghuni Darul Aitam akan diberi kemudahan tempat tinggal di asrama, perbelanjaan keperluan sekolah, wang saku persekolahan, kemudahan pembelian buku, kelas tuisyen, dan lain-lain yang menjadi keperluan.

Ya, boleh. Ibu/penjaga dibenarkan melawat penghuni pada hujung minggu.

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Penerbitan di penerbitan [at] e-maik [dot] my atau berhubung terus di talian 09-746 2349

Terdapat 3 cara pembayaran buku iaitu :

  1. Secara tunai
  2. Secara bank-in iaitu ke nombor akaun CIMB Islamic ke nombor akaun 031000137101 atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN
  3. Secara cek atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN

Penerbitan buku MAIK telah bermula sejak tahun 1917 dengan judul pertamanya “Kitab Jalan Sejahtera”. Sehingga kini (2023), terdapat 137 judul buku yang telah diterbitkan oleh MAIK. Namun, jumlah judul buku baru akan sentiasa di kemaskini dari semasa ke semasa.

Terdapat tiga (3) kategori terbitan MAIK, iaitu:

  1. Penerbitan Buku Umum
  2. Penerbitan Buku Percuma
  3. Penerbitan Majalah Pengasuh

Tempahan boleh dibuat melalui:

  1. Pembelian di kaunter buku Unit Penerbitan, Perpustakaan MAIK.
  2. Tempahan secara atas talian melalui whatsapp: 017-9743347 (En. Zaki)
  3. Mengisi borang langganan Majalah Pengasuh

Langganan majalah Pengasuh boleh dibuat dengan mengisi borang langganan majalah pengasuh yang boleh di MUAT TURUN di Portal Rasmi MAIK atau yang terdapat dalam majalah pengasuh yang dibeli. Langganan juga boleh dibuat menerusi whatsapp: 017-9743347 (En. Zaki).

Proses pengeposan akan dibuat selepas 1-2 hari daripada tarikh pembayaran dibuat, manakala penerimaan buku kebiasaannya akan mengambil masa 2-3 hari bekerja.

Setiap pembelian akan mendapat potongan harga dari 10% - 60% tertakluk kepada judul dan jumlah buku yang telah ditetapkan oleh pihak MAIK.

Untuk menerbitkan bahan penulisan buku/artikel, boleh hubungi Pegawai Penerbitan MAIK di talian: 09-7462349 atau menerusi Pejabat Penerbitan MAIK, Banggunan Perpustakaan MAIK, Jalan Tok Hakim, 15000 Kota Bharu, Kelantan.

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Perpustakaan di perpustakaan [at] e-maik [dot] my atau berhubung terus di talian 609-746 2348.

Perpustakaan MAIK merupakan sebuah perpustakaan khusus dibawah pengurusan MAIK, dibuka untuk semua lapisan masyarakat.

Koleksi Perpustakaan MAIK merangkumi pelbagai bidang pengajian termasuk kitab hadis, feqah, tafsir, akidah, koleksi kertas kerja dan kajian ilmiah. Selain itu, terdapat juga koleksi terbitan MAIK seperti majalah Pengasuh, Laporan Tahunan MAIK, Buletin MAIK dan lain-lain.

Keahlian adalah terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warganegara asing yang mempunyai dokumen perjalanan sah. 

Anda boleh menyemak akaun keahlian peribadi anda termasuk menyemak status keahlian, maklumat status transaksi akaun anda, tempahan bahan, rekod pinjaman serta buku-buku terkini. Sila layari laman ini (http://perpustakaan.e-maik.my/) untuk menyemak akaun anda.

Seorang ahli boleh meminjam dua (2) naskhah bahan perpustakaan sahaja selama tempoh dua (2) minggu.

Boleh. Pengguna boleh membuat pembaharuan melalui telefon ke kaunter perkhidmatan. Walaubagaimanapun, pembaharuan melalui telefon boleh dilakukan hanya satu (1) kali sahaja bagi tempoh pinjaman satu (1) minggu. Bagi pembaharuan atas talian, pengguna perlu mengakses laman ini (http://perpustakaan.e-maik.my/)

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:

- Keahlian Perpustakaan

- Perkhidmatan pinjaman dan pemulangan

- Perkhidmatan rujukan

- Kemudahan fotokopi

- Kemudahan komputer

- Kemudahan Wi-Fi

- Ruang Bacaan

- Surau

Perkhidmatan WiFi adalah percuma untuk semua pengguna perpustakaan. Pengguna perlu memohon password daripada kaunter untuk mengaksesnya.

Boleh. Pengguna boleh membuat pembaharuan melalui telefon ke kaunter perkhidmatan. Walaubagaimanapun, pembaharuan melalui telefon boleh dilakukan hanya satu (1) kali sahaja bagi tempoh pinjaman satu (1) minggu.

Bagi pembaharuan atas talian, pengguna perlu mengakses laman ini (http:perpustakaan.e-maik.my)

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Kakitangan Unit Adat Istiadat di talian 09-7481512.


Adalah termaktub dalam titah ucapan Almarhum DYMM Sultan Muhamad IV sempena perisytiharan Penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada 24 Disember 1915 bersamaan 17 Safar 1334 yang memberi penekanan khusus Baginda
“Kita hendak dengan perkataan “Istiadat” Melayu itu ialah yang melengkapi atas yang adat dan adab Melayu yang elok yang sayogia dipelihara akan dia mengikut bagaimana peradaban masa”.

Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 (Enakmen No. 4 Tahun 1994) menerusi Bahagian II Seksyen 5 (1):
“Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu badan yang dikenali sebagai "Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan", bagi membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dan hendaklah bertindak di atas titah perintah Baginda di dalam semua perkara yang berkenaan dengan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Majlis hendaklah menjadi pihak berkuasa yang utama di Negeri ini dalam semua perkara mengenainya.”
Sejajar dengan perisytiharan dan Enakmen MAIK No. 4 Tahun 1994 maka justifikasi penubuhan Unit Adat Istiadat adalah seperti berikut:


1) Melengkapi tujuan/ tanggungjawab Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

2) Bertanggungjawab menyelidik dan mengumpul bahan-bahan yang berunsur adat dan istiadat Melayu bagi rujukan pada masa akan datang.

3) Menjadi Badan Penasihat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dalam Hal Ehwal Adat dan Istiadat Melayu Negeri Kelantan pada masa hadapan.

Sebagaimana umum mengetahui justifikasi penubuhan Unit Adat Istiadat, maka begitu juga dengan sumbangan Unit Adat Istiadat kepada masyarakat. Bahan-bahan hasil kajian yang dijalankan akan diterbitkan dan didokumentasikan. Masyarakat umum boleh merujuk kepada kajian tersebut bagi mendapatkan maklumat berkenaan adat dan istiadat Melayu di negeri ini.

Kajian dan pendokumentasian ini dilakukan bagi melestarikan khazanah warisan Melayu Kelantan dari terus malap ditelan dek zaman. Biarpun tidak diamalkan lagi pada masa sekarang, sekurang-kurangnya terdapat maklumat dan bahan bagi memperkatakan tentang warisan tersebut.

Penyelidikan dan pendokumentasian yang dijalankan di MAIK adalah berlandaskan kepada Enakmen MAIK No. 4 tahun 1994 di bawah Seksyen 38, Adat istiadat yang tidak berlawanan:

“Mana-mana adat istiadat Melayu atau undang-undang adat istiadat Melayu yang masih diamalkan di Negeri ini dan tidak berlawanan dengan pengajaran Islam hendaklah diambil kira ketika mengeluarkan mana-mana fatwa di bawah seksyen-seksyen sebelum ini.”

MAIK mengambil kira sebarang penyelidikan dan pendokumentasian harus berlandaskan dengan undang-undang tersebut. Kalau ada pun adat istiadat tersebut yang bertentangan maka hanya dinyatakan perkara tersebut sahaja, sekadar memberi maklum kepada masyarakat awam tentang warisan nenek moyang pada suatu ketika dahulu. Setelah pengukuhan asas akidah Islam berlaku maka amalan itu sudah tidak diamalkan lagi. Penyataan khusus bagi perkara ini amat wajar dinyatakan, memandangkan ia sebahagian daripada adat istiadat Melayu Kelantan.

Dalam mengetengahkan bahan penyelidikan dan maklumat Adat Istiadat kepada masyarakat awam, aktiviti lain yang memberi peranan yang sama melalui anjuran seminar, bengkel, wacana, diskusi, persidangan dan umpamanya. Hal ini secara tidak langsung dapat mnedekati masyarakat dalam memberi pendedahan dan pemahaman kepada mereka. Selain itu, melalui cetakan pamphlet unit juga sebagai satu langkah ke arah tersebut.

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Pembangunan Sosio Ekonomi di talian 09-7481512.

  1. Apakah itu Bantuan Pembangunan Asnaf?

    Bantuan Pembangunan Asnaf merupakan bantuan perniagaan yang diberikan kepada usahawan asnaf yang mempunyai asas perniagaan atau mereka yang telah mempunyai perniagaan sendiri.

  2. Bagaimanakah cara untuk memohon Bantuan Pembangunan Asnaf?

    Permohonan boleh dibuat secara online di https://eagihan.e-maik.my/Default ATAU pemohon boleh memohon di kaunter agihan di pejabat MAIK dan juga 20 buah masjid bandar dan jajahan seluruh negeri Kelantan.

  3. Bila permohonan ini dibuka?

    Permohonan Bantuan Pembangunan Asnaf boleh dimohon pada bulan Januari hingga November setiap tahun.

  4. Siapakah yang layak untuk memohon bantuan ini?

    Mereka yang layak memohon adalah seorang yang beragama Islam daripada golongan asnaf fakir, miskin dan mualaf. Selain itu, mereka merupakan peranakan Kelantan yang bermastautin di negeri Kelantan.

  5. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon bantuan ini?

    Dokumen yang diperlukan adalah sebagaimana berikut:

    • - Salinan Kad Pengenalan pemohon.
    • - Salinan Kad Pengenalan pasangan (suami atau isteri). Jika bercerai sertakan salinan surat cerai DAN jika mati sertakan sijil kematian.
    • - Salinan Kad Pengenalan ATAU surat beranak anak-anak dan tanggungan.
    • - Salinan akaun bank semasa.
    • - Salinan akaun Tabung Haji (jika ada).
    • - Lesen perniagaan (jika ada)
    • - Borang pengesahan pemohon

     

  6. Berapa lama proses permohonan dibuat?

    Proses permohonan akan diproses dalam masa sebulan dari tarikh permohonan dibuat.

  7. Apakah jenis perniagaan untuk mendapatkan bantuan ini?

    Semua jenis perniagaan layak yang mematuhi syarak untuk memohon KECUALI mereka yang berniaga secara online atas talian / dropship yang mana tidak menyimpan stok.
  8. Berapakah kadar bantuan yang diberi?

    Jumlah maksimum bagi bantuan ini adalah sebanyak RM 5,000.00.
  9. Alamat manakah yang perlu di isi untuk bantuan ini?

    Bagi Bantuan Pembangunan Asnaf, pemohon boleh mengisi alamat rumah atau alamat tempat perniagaan.
  1. Apakah itu program kemahiran?

    Program kemahiran merupakan latihan kemahiran yang ditawarkan oleh MAIK kepada asnaf fakir dan miskin.

  2. Apakah jenis tawaran kursus yang ditawarkan?

    Kursus yang ditawarkan adalah sebagaimana berikut:

    • - Kursus Automatif (lelaki sahaja).
    • - Kusus Jahitan pakaian wanita dan lelaki (wanita sahaja).
    • - Kursus Sulaman (wanita sahaja)

     

  3. Bilakah permohonan ini dibuka?

    Permohonan kursus ini dibuka setiap tahun pada bulan Oktober hingga Disember.

  4. Bagaimana cara untuk memohon?

    Cara untuk memohon adalah di Portal Rasmi MAIK https://www.e-maik.my dan di semua platform media sosial Majlis Agama Islam Dan Adat Istidat Melayu Kelantan  iaitu Facebook dan Instagram.

  5. Siapakah yang layak memohon?

    Mereka yang layak memohon adalah sebagaimana berikut:

    • - Warganegara Malaysia (Peranakan Kelantan).
    • - Beragama Islam.
    • - Golongan asnaf (Fakir,Miskin,Muallaf).
    • - Berumur 18 hingga 25 tahun
    • - Kelulusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) / Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf

     

  6. Berapa lama tempoh pembelajaran?

    Tempoh pembelajaran kursus kemahiran MAIK selama 10 bulan bermula bulan Mac – Dsiember.

  7. Di manakah lokasi Bengkel Kemahiran Hidup MAIK?

    Bengkel Kemahiran Hidup Automatif MAIK terletak di Lundang, Kota Bharu manakala bagi Bengkel Kemahiran Hidup MAIK Jahitan dan Sulaman MAIK pula terletak di Jalan Kelochor, Kota Bharu.
  8. Adakah asrama disediakan kepada pelajar yang tinggal jauh?

    MAIK menyediakan asrama kepada semua pelatih bengkel kemahiran hidup MAIK yang terletak di tingkat atas tempat mereka kursus
  9. Berapakah bayaran yang dikenakan kepada mereka yang tinggal di asrama?

    MAIK menyediakan asrama secara PERCUMA kepada semua pelatih yang mengikuti kursus di Bengkel Kemahiran Hidup MAIK.
  10. Adakah MAIK menyediakan elaun kepada pelajar?

    Elaun sebanyak RM300 setiap bulan kepada semua pelatih yang mengikuti Kursus Kemahiran Hidup MAIK.
  11. Adakah pihak MAIK menyediakan makan minum kepada mereka yang tinggal di asrama?

    MAIK tidak menyediakan makan minum bagi pelatih yang tinggal di asrama namun MAIK menyediakan perlatan dapur yang lengkap kepada mereka yang ingin masak sendiri.

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK  di talian 09-774 4363

  1. Apakah peringkat pengajian di MTQ MAIK?

    MTQ MAIK menjalankan program pengajian di peringkat Diploma.

  2. Apakah jenis program yang ditawarkan di MTQ MAIK?

    Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat.
  3. Adakah silibus pembelajaran di sini hanya menghafal Al-Quran sahaja tanpa akademik?

     Silibus pembelajaran di MTQ MAIK merangkumi bidang pengajian agama (Ilmu AlQuran dan Pengajian Islam) serta bidang akademik (Pengajian Malaysia, Bahasa Inggeris dan Kepimpinan dan Kemahiran Interpersonal

  4. Apakah kursus elektif yang ditawarkan di MTQ MAIK?

    • - Program Diploma Tahfiz Al-Quran (Syukbah Qiraat) - Siswa

    • - Program Diploma Tahfiz Al-Quran (Syukbah Muamalat) – Siswi

  5. Adakah pengajian di MTQ MAIK diiktiraf oleh MQA atau tidak?

    Ya. Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat MAIK merupakan program di bawah Darul Quran JAKIM dan mendapat pengiktirafan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

  6. Berapakah tempoh pengajian di MTQ MAIK?

    6 semester (3 tahun).

  7. Ke manakah hala tuju selepas tamat pengajian di MTQ MAIK?

    Berpeluang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam dan luar negara.

  8. Apakah syarat-syarat kelayakan kemasukan ke MTQ MAIK?

    Maklumat berkenaan syarat-syarat kelayakan boleh dirujuk di pautan: https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/mtq/.

  9. Siapakah yang layak untuk memohon?

    Pelajar lepasan SPM yang berumur 17-21 tahun semasa pendaftaran.

  10. Bilakah pendaftaran baru akan dibuka?

    Setiap tahun pada bulan Mac (Tertakluk kepada perubahan takwim Darul Quran).
  11. Bagaimanakah cara jika saya ingin mendaftarkan anak di MTQ MAIK?

     Tuan/Puan boleh mendaftarkan anak secara online di Portal MAIK.
  12. Berapakah yuran pengajian Di MTQ MAIK?

    Tiada yuran pengajian dikenakan. Hanya yuran pendaftaran sahaja dikenakan. (Tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa).
  13. Di manakah lokasi MTQ MAIK?

    • - Siswa : Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK, Lot 2136, Jalan Perempuan Zainab II, Panji, Kelantan, 16100 Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
    • - Siswi : Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK (Perempuan), Lot 5166 Kampung Cabang 3 Jalan Pasir Mas Salor, Kota Bharu.
  14. Adakah asrama disediakan?

    Ya, asrama disediakan untuk semua siswa dan siswi. Siswa ditempatkan di Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK, Panji manakala siswi di Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK (Perempuan), Pendek.
  15. Adakah elaun disediakan?

    Elaun (wang saku dan makan minum) disediakan kepada pelajar setiap bulan
  16. Sekiranya saya mempunyai persoalan mengenai kemasukan, kepada siapakah yang saya boleh hubungi untuk mendapatkan maklumat tersebut?

    Sebarang pertanyaan boleh diemel kepada mtq@e-maik.my atau hubungi di talian +609-7744363

Penajaan Pendidikan MAIK (PPM)

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Tajaan Pendidikan di unit_pendidikan[at]e-maik[dot] my atau talian 09-742 1519

  1. 1. Apakah bantuan zakat Pendidikan [Program Penajaan Pendidikan MAIK (PPM)] yang disediakan oleh MAIK?

    • - Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK

    • - Biasiswa Tengku Anis (BTA) MAIK

    • - Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN) MAIK

    • - Biasiswa Pendidikan Luar Negara (BPLN) MAIK

    • - Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP) MAIK

    • - Biasiswa Profesional Perakaunan (BPP) MAIK

    ***Pautan permohonan : https://eagihan.e-maik.my

  2. 2. Apakah beza antara dermasiswa dan biasiswa?

    Dermasiswa merupakan satu bentuk bantuan kewangan (dermasiswa) yang diberikan berdasarkan permohonan setiap tahun dan kelulusan adalah sekali setahun sahaja berdasarkan tempoh pengajian.
    Manakala, Biasiswa merupakan program berbentuk tajaan berdasarkan tempoh pengajian dan mengikut syarat-syarat program penajaan Pendidikan MAIK.
  3. 3. Bilakah permohonan bantuan dibuka?

    Iklan permohonan program Penajaan Pendidikan MAIK (PPM) akan dikeluarkan dari semasa ke semasa dalam laman sesawang portal rasmi MAIK dan media sosial rasmi MAIK.
    *Tertakluk kepada kelulusan dan hebahan dari semasa ke semasa.

  4. 4. Berapa lama tempoh masa proses permohonan boleh diluluskan?

    Proses permohonan akan diproses dalam masa satu (1) hingga (3) bulan dari tarikh permohonan dibuat (PERMOHONAN DIHANTAR).
    Proses permohonan juga adalah bergantung kepada giliran tarikh permohonan telah dihantar, jumlah permohonan dan peruntukan wang zakat dari semasa ke semasa.

  5. 5. Bagaimana saya boleh mendapatkan manual penggunaan sistem eAgihan MAIK?

    Maklumat manual penggunaan sistem eAgihan MAIK boleh dirujuk dan dimuatturun melalui laman sesawang:

    https://eagihan.e-maik.my/Muatturun

  6. 6. Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat penuh program Penajaan Pendididkan MAIK (PPM)?

    Maklumat penuh program Penajaan Pendidikan MAIK (PPM) boleh dirujuk melalui laman sesawang:

    https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan

    1. 1. Apakah itu Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK?

      Program ini merupakan satu bentuk bantuan kewangan (dermasiswa) yang diberi berdasarkan permohonan pelajar setiap tahun dalam membantu anak-anak Kelantan di dalam pengajian, di beberapa institusi Pengajian Tinggi Luar dan Dalam Negara dalam pelbagai bidang yang bermanfaat.

      Bantuan pengajian berbentuk Dermasiswa ini adalah berdasarkan permohonan pada tahun tersebut dan tertakluk kepada tempoh pengajian pelajar serta kelulusan adalah sekali setahun sahaja

    2. 2. Bagaimanakah untuk memohon?

      Permohonan adalah secara atas talian melalui pautan : https://eagihan.e-maik.my – Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK – Kod 28412.
    3. 3. Bilakah permohonan ini akan dibuka?

      Permohonan pada lazimnya akan dibuka pada bulan Januari setiap tahun. Iklan permohonan program akan dikeluarkan di portal rasmi MAIK dan media sosial rasmi MAIK dari semasa ke semasa.

    4. 4. Siapakah yang layak memohon?

      Pemohon mestilah warganegara Malaysia (peranakan Kelantan) dan bermastautin di Kelantan serta terdiri daripada golongan asnaf berdasarkan syarat yang ditetapkan MAIK.

      Maklumat lanjut permohonan boleh dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan atau https://eagihan.e-maik.my.

    5. 5. Apakah syarat-syarat permohonan program ini?

      Syarat-syarat permohonan program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan atau https://eagihan.e-maik.my

    6. 6. Apakah dokumen yang diperlukan?

      Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan

    7. 7. Jika ada sebarang pertanyaan, di mana saya boleh berhubung dengan pihak Unit Tajaan Pendidikan MAIK?

      Sebarang pertanyan lanjut, bolehlah berhubung Unit Tajaan Pendidikan MAIK melalui talian 09-7421519 dan emel

       info_pendidikan@e-maik.my

    8. 8. Di mana saya boleh mendapatkan dokumen 12 (surat sokongan dan pengesahan permohonan)?

      Sila klik pautan di laman sesawang: https://eagihan.e-maik.my/Muatturun (bagi pelajar dalam negara sahaja).

    9. 9. Berapakah kadar bantuan yang diberikan MAIK?

      Kadar bantuan yang diberikan MAIK bagi program ini adalah seperti berikut:

      Luar Negara (Selain Timur Tengah):

      1. - Ijazah Sarjana Muda (RM5,000.00)
      2. - Sarjana (RM5,000.00)
      3. - Kedoktoran/PHD (RM5,000.00)

      Luar Negara (Timur Tengah SAHAJA):

      *Berdasarkan Keputusan Pengajian Bermula Tahun 1 peringkat IJAZAH SARJANA MUDA, SARJANA DAN PHD (BUKAN KEPUTUSAN STAM ATAU SETARAF DENGANNYA)

   Dalam Negara:

      1. - Diploma (RM2,500.00)
      2. - Ijazah Sarjana Muda (RM2,500.00)
      3. - Sarjana (RM2,500.00)
      4. - Kedoktoran/PHD (RM2,500.00)

                      *Tertakluk kepada permohonan untuk setahun sekali sahaja

  1. 10. Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program ini ?

    Maklumat lanjut program ini boleh dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan - Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP)

  1. 1. Apakah itu Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN) MAIK?

    Program ini merupakan program penajaan berbentuk biasiswa kepada para pelajar yang telah menerima tawaran dan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam/swata, sama ada di semester pertama dan seterusnya untuk membantu para pelajar melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat pengajian di Dalam Negara sahaja

  2. 2. Bagaimanakah untuk memohon?

    Permohonan adalah secara atas talian melalui pautan : https://eagihan.e-maik.my – Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN) MAIK - Kod 21124.
  3. 3. Bilakah permohonan ini akan dibuka?

    Permohonan pada lazimnya akan dibuka pada bulan April setiap tahun. Iklan permohonan program akan dikeluarkan di portal rasmi MAIK dan media sosial rasmi MAIK dari semasa ke semasa.

  4. 4. Siapakah yang layak memohon?

    Pemohon mestilah warganegara Malaysia (peranakan Kelantan), bermastautin di Kelantan, terdiri daripada golongan asnaf berdasarkan had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK dan tidak menerima tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.

    Maklumat lanjut permohonan boleh dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan atau https://eagihan.e-maik.my

  5. 5. Apakah syarat-syarat permohonan program ini?

    Syarat-syarat permohonan program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan atau https://eagihan.e-maik.my

  6. 6. Apakah dokumen yang diperlukan?

    Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan

  7. 7. Jika ada sebarang pertanyaan, di mana saya boleh berhubung dengan pihak Unit Tajaan Pendidikan MAIK?

    Sebarang pertanyan lanjut, bolehlah berhubung Unit Tajaan Pendidikan MAIK melalui talian 09-7421519 dan emel

    info_pendidikan@e-maik.my

  8. 8. Apakah bidang pengajian yang diperlukan bagi mengisi permohonan ini?

    Mana-mana bidang pengajian yang bermanfaat adalah menjadi keutamaan bagi permohonan program ini. Bidang perubatan tidak menjadi keutamaan bagi program ini.

  9. 9. Adakah tempat pengajian pemohon ditetapkan untuk permohonan program ini?

    Ya. Tempat pengajian adalah berdasarkan Institusi tempatan sahaja dan tertakluk kepada surat tawaran.

  10. 10. Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program ini?

    Maklumat lanjut program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan - Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN) MAIK.

  1. 1. Apakah itu Biasiswa Tengku Anis (BTA) MAIK?

    Program ini merupakan tajaan Biasiswa yang diberikan kepada para pelajar peringkat sekolah (rendah, menengah dan tingkatan enam) dalam kategori asnaf fakir miskin dengan kerjasama daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

    Keutamaan penerima adalah diberikan kepada golongan keluarga ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).

  2. 2. Bagaimanakah untuk memohon?

    Permohonan adalah secara atas talian melalui pautan : https://eagihan.e-maik.my –melalui sekolah-sekolah di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK).
  3. 3. Bilakah permohonan ini akan dibuka?

    Permohonan pada lazimnya akan dibuka pada bulan April setiap tahun dan tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

  4. 4. Siapakah yang layak memohon?

    Pemohon mestilah warganegara Malaysia (peranakan Kelantan), bermastautin di Kelantan dan keutamaan daripada golongan asnaf fakir miskin berdasarkan syarat yang ditetapkan MAIK serta tidak menerima tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain. Maklumat lanjut permohonan boleh dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan atau https://eagihan.e-maik.my

  5. 5. Apakah syarat-syarat permohonan program ini?

    Syarat-syarat permohonan program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan atau https://eagihan.e-maik.my

  6. 6. Apakah dokumen yang diperlukan?

    Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan

  7. 7. Jika ada sebarang pertanyaan, di mana saya boleh berhubung dengan pihak Unit Tajaan Pendidikan MAIK?

    Sebarang pertanyan lanjut, bolehlah berhubung Unit Tajaan Pendidikan MAIK melalui talian 09-7421519 dan emel

    info_pendidikan@e-maik.my

  8. 8. Adakah tempat persekolahan pemohon ditetapkan untuk permohonan program ini ?

    Ya. Tempat persekolahan adalah berdasarkan jajahan dalam Kelantan sahaja iaitu kerjasama antara MAIK dengan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

  9. 9. Berapakah kadar bantuan yang diberikan MAIK?

    Kadar bantuan yang diberikan MAIK bagi program ini adalah seperti berikut:

    Sekolah rendah

    Bermula dari Tahun 3 hingga Tahun 6 (RM100 sebulan)

    Sekolah menengah

    1. - Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (RM150 sebulan)
    2. - Tingkatan 6 (RM200 sebulan)
  10. 10. Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program ini?

    Maklumat lanjut program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan - Biasiswa Tengku Anis (BTA)

  1. 1. Apakah itu Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP) MAIK?

    Program ini merupakan program biasiswa tajaan di Peringkat Ijazah Pertama di Luar Negara dalam bidang Pengajian Islam kepada para pelajar lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) MAIK dan pelajar lepasan STAM di bawah kelolaan YIK dan JPNK mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh MAIK.

  2. 2. Bagaimanakah untuk memohon?

    Permohonan adalah secara atas talian melalui pautan : https://eagihan.e-maik.my – Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP) MAIK - Kod 21125.
  3. 3. Bilakah permohonan ini akan dibuka?

    Permohonan pada lazimnya akan dibuka pada bulan Jun setiap tahun. Iklan permohonan program akan dikeluarkan di Portal Rasmi MAIK dan media sosial rasmi MAIK dari semasa ke semasa.

  4. 4. Siapakah yang layak memohon?

    Pemohon mestilah warganegara Malaysia (peranakan Kelantan), bermastautin di Kelantan, terdiri daripada golongan asnaf berdasarkan had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK dan telah menerima surat tawaran daripada Universiti - yang diiktiraf di dalam MQA. Maklumat lanjut permohonan boleh dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan atau https://eagihan.e-maik.my

  5. 5. Apakah syarat-syarat permohonan program ini?

    Syarat-syarat permohonan program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan atau https://eagihan.e-maik.my

  6. 6. Apakah dokumen yang diperlukan?

    Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan

  7. 7. Jika ada sebarang pertanyaan, di mana saya boleh berhubung dengan pihak Unit Tajaan Pendidikan MAIK?

    Sebarang pertanyan lanjut, bolehlah berhubung Unit Tajaan Pendidikan MAIK melalui talian 09-7421519 dan emel

    info_pendidikan@e-maik.my

  8. 8. Apakah bidang pengajian yang diperlukan bagi mengisi permohonan ini?

    Bidang Pengajian Islam berdasarkan surat tawaran.

  9. 9. Adakah tempat pengajian pemohon ditetapkan untuk permohonan program ini?

    Ya. Tempat pengajian adalah ditetapkan di Negara Mesir dan Indonesia (luar negara sahaja dan tertakluk kepada surat tawaran).

  10. 10. Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program ini?

    Maklumat lanjut program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan - Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP) MAIK.

  1. 1. Apakah itu Biasiswa Pendidikan Luar Negara (BPLN) MAIK?

    Program ini merupakan program penajaan biasiswa pelajar lepasan SPM khususnya pelajar asnaf di Negeri Kelantan bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di United Kingdom.

    Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan (A-Level) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama di negara berkenaan.

    *Dengan memenuhi syarat minima MAIK di peringkat A-Level

  2. 2. Bagaimanakah untuk memohon?

    Permohonan adalah secara atas talian melalui pautan : https://eagihan.e-maik.my – Biasiswa Pendidikan Luar Negara (BPLN) MAIK - Kod 21121.
  3. 3. Bilakah permohonan ini akan dibuka?

    Permohonan pada lazimnya akan dibuka pada bulan April setiap tahun. Iklan permohonan program akan dikeluarkan di Portal Rasmi MAIK dan media sosial rasmi MAIK dari semasa ke semasa.

  4. 4. Siapakah yang layak memohon?

    Pemohon mestilah warganegara Malaysia (peranakan Kelantan), bermastautin di Kelantan, terdiri daripada golongan asnaf berdasarkan had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK dan tidak menerima tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain. Maklumat lanjut permohonan boleh dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan atau https://eagihan.e-maik.my

  5. 5. Apakah syarat-syarat permohonan program ini?

    Syarat-syarat permohonan program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan atau https://eagihan.e-maik.my

  6. 6. Apakah dokumen yang diperlukan?

    Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan

  7. 7. Jika ada sebarang pertanyaan, di mana saya boleh berhubung dengan pihak Unit Tajaan Pendidikan MAIK?

    Sebarang pertanyan lanjut, bolehlah berhubung Unit Tajaan Pendidikan MAIK melalui talian 09-7421519 dan emel

    info_pendidikan@e-maik.my

  8. 8. Apakah bidang pengajian yang diperlukan bagi mengisi permohonan ini?

    Mana-mana bidang pengajian yang bermanfaat dan diluluskan MAIK adalah menjadi keutamaan bagi permohonan program ini. Bidang perubatan tidak menjadi keutamaan bagi program ini.

  9. 9. Adakah tempat pengajian pemohon ditetapkan untuk permohonan program ini?

    Ya. Tempat pengajian adalah di Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin sahaja.

    Tajaan di peringkat Ijazah adalah tertakluk kepada keputusan A-Level dan kelulusan MAIK.

  10. 10. Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program ini?

    Maklumat lanjut program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan - Biasiswa Pendidikan Luar Negara (BPLN) MAIK

  1. 1. Apakah itu Biasiswa Profesional Perakaunan (BPP) MAIK?

    Program ini merupakan program Biasiswa tajaan dalam membantu asnaf di negeri Kelantan yang berkelayakan dalam memperoleh pendidikan profesional untuk mereka gunakan dalam mencari pekerjaan dan keluar daripada kelompok kemiskinan.

    Objektif lain program adalah membantu meningkatkan bilangan professional di dalam bidang perakaunan daripada kalangan bangsa Melayu dan terutamanya dari rakyat Kelantan.

  2. 2. Bagaimanakah untuk memohon?

    Permohonan adalah secara atas talian melalui pautan : https://eagihan.e-maik.my – Biasiswa Profesional Perakaunan (BPP) MAIK - Kod 28440
  3. 3. Bilakah permohonan ini akan dibuka?

    Permohonan pada lazimnya akan dibuka pada bulan April setiap tahun. Iklan permohonan program akan dikeluarkan di Portal Rasmi MAIK dan media sosial rasmi MAIK dari semasa ke semasa.

  4. 4. Siapakah yang layak memohon?

    Pemohon mestilah warganegara Malaysia (peranakan Kelantan), bermastautin di Kelantan, terdiri daripada golongan asnaf berdasarkan had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK dan tidak menerima tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain. Maklumat lanjut permohonan boleh dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan atau https://eagihan.e-maik.my.

  5. 5. Apakah syarat-syarat permohonan program ini?

    Syarat-syarat permohonan program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan atau https://eagihan.e-maik.my

  6. 6. Apakah dokumen yang diperlukan?

    Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan

  7. 7. Jika ada sebarang pertanyaan, di mana saya boleh berhubung dengan pihak Unit Tajaan Pendidikan MAIK?

    Sebarang pertanyan lanjut, bolehlah berhubung Unit Tajaan Pendidikan MAIK melalui talian 09-7421519 dan emel

    info_pendidikan@e-maik.my

  8. 8. Apakah bidang pengajian yang diperlukan bagi mengisi permohonan ini?

    The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) - 1 hingga 4 tahun

  9. 9. Adakah tempat pengajian pemohon ditetapkan untuk permohonan program ini?

    Ya. Tempat pengajian adalah tertakluk kepada MAIK.

  10. 10. Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program ini?

    Maklumat lanjut program ini bolehlah dirujuk dalam laman sesawang https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/tajaan-pendidikan - Biasiswa Profesional Perakaunan (BPP) MAIK.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini217
Kelmarin2762
Minggu Ini7894
Bulan Ini79268
Jumlah Pengunjung22963872