KEKOSONGAN JAWATAN DI MAIK - TARIKH TUTUP SEBELUM ATAU PADA 17 MEI 2023

Jawatan Kosong Jumlah paparan: 12193

KEKOSONGAN JAWATAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan seperti berikut :

BIL
JAWATAN
BIL. KEKOSONGAN
GRED
TARAF
SYARAT KELAYAKAN
1. Pegawai Hal Ehwal Islam (Pensyarah Qiraat)  1 (Wanita sahaja) S41 Kontrak MUAT TURUN PENUH IKLAN JAWATAN
2. Pegawai Tadbir (Pensyarah Pengajian Umum) 1 (Wanita sahaja) N41 Kontrak
 3.  Penyelia Asrama 1 (Wanita sahaja) N19 Kontrak
4. Pengawal Keselamatan 2 (Wanita sahaja) KP11 Kontrak

 

GAJI PERMULAAN 

Gaji permulaan yang lebih tinggi boleh ditetapkan oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

HAD UMUR 

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 58 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

CARA MEMOHON

  1. Permohonan hendaklah dibuat melalui link berikut: https://bit.ly/3HNVuAu
  2. Slip Pengesahan Permohonan (klik: https://bit.ly/3nRmBk4) hendaklah dicetak dan dikembarkan bersama RESUME  dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan.
    • Maklumat Diri
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Nombor Telefon Bimbit
    • Maklumat Akademik
    • Maklumat Ko-Kurikulum
    • Pengalaman Kerja 
    • Rujukan

ALAMAT PERMOHONAN
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

SEBELUM ATAU PADA : 17 MEI 2023

PERKARA AM

  1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
  2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

 

Cetak
Admin
Admin