faq lokasi aduan peta


JAWATAN KOSONG

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KEKOSONGAN JAWATAN TETAP DI MAIK 2018 - TARIKH TUTUP SEBELUM ATAU PADA 8 JULAI 2018

KEKOSONGAN JAWATAN TETAP DI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 2018

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. seperti berikut :

KEKOSONGAN JAWATAN MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
BIL
JAWATAN
GRED
TARAF
SYARAT KELAYAKAN
1  Pegawai Hal Ehwal Islam  S41 Tetap Syarat
2  Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam Muda Masjid  Bandar/Jajahan) S29 Tetap Syarat
3  Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 Tetap Syarat
4  Pembantu Hal Ehwal Islam (Bilal Masjid  Bandar/Jajahan) S19 Tetap Syarat
5  Pemandu Kenderaan (Lelaki) H11 Tetap Syarat
6  Pembantu Awam (Lelaki) H11 Tetap Syarat

 

GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi boleh ditetapkan oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

 

HAD UMUR PELANTIKAN PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT PADA TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN

1) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 tahun atau 56 tahun; atau

2) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

3) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

 

CARA MEMOHON

1)  Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 yang boleh didapati DI SINI atau dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau mengambil  sendiri di Unit Pentadbiran, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat  Istiadat Melayu Kelantan.

2)  Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2017 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.

3) Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.

4)  Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

 

***

ALAMAT PERMOHONAN
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Dr Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

SEBELUM ATAU PADA : 8 Julai 2018

 

PERKARA AM

1)  Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

2)  Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2941
Kelmarin3091
Minggu Ini16388
Bulan Ini87762
Jumlah Pengunjung22972366