faq lokasi aduan peta


JAWATAN KOSONG

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI MASJID MUKIM MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

pmm062026

SYARAT KELAYAKAN UMUM - PEGAWAI MASJID MUKIM (IMAM TUA, IMAM MUDA DAN BILAL)

  1. Lelaki yang beragama Islam dan merupakan warga negara Malaysia
  2. Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 65 tahun mengikut kad pengenalan pada tarikh iklan dikeluarkan.
  3. Sempurna akal dan mempunyai ilmu pengetahuan agama yang baik
  4. Berpegang kepada pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah.
  5. Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan.
  6. Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh masyarakat tempatan.
  7. Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah.
  8. Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.
  9. Tidak diisytiharkan bankrap
  10. Tahu membaca, menulis jawi dan membaca tulisan-tulisan Arab sekurang-kurangnya yang mempunyai baris
  11. Keutamaan diberi kepada pemohon yang mempunyai Sijil Tahfiz Al-Quran daripada Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran.
  12. Bagi pemohon yang berkhidmat sebagai Penjawat Awam hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada MAJIKAN.

SYARAT KELAYAKAN TAMBAHAN - JAWATAN IMAM TUA DAN IMAM MUDA MASJID MUKIM

Penjawat awam adalah tidak layak memohon jawatan Imam Tua Masjid Kategori A (pengecualian daripada ujian Tahriri (bertulis) akan diberikan kepada pemohon-pemohon yang mempunyai kelulusan berikut:

- Sijil IV Thanawi atau Sijil Menengah Ugama atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau mana-mana sijil agama yang setaraf dengannya

- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian dalam subjek Pendidikan Syariah Islam, Pendidikan Quran Dan Sunnah dan lulus Bahasa Arab.

SYARAT KELAYAKAN TAMBAHAN - JAWATAN BILAL MASJID MUKIM

Dikecualikan daripada ujian tahriri (bertulis) dan akan terus memasuki ujian syafawi (lisan)

TARAF JAWATAN : 

Berelaun (disambung perkhidmatan setiap 3 tahun berdasarkan laporan prestasi perkhidmatan)

ELAUN BULANAN :

a) IMAM TUA

RM1,850.00 (Imam Tua - Masjid Mukim Katogeri “A”)

RM1,550.00 (Imam Tua - Masjid Mukim Besar)

RM1,150.00 (Imam Tua - Masjid Mukim Kecil – Sub Mukim)

b) IMAM MUDA

RM1,350.00 (Imam Muda - Masjid Mukim Katogeri “A”)

RM1,150.00 (Imam Muda - Masjid Mukim Besar)

RM1,000.00 (Imam Muda - Masjid Mukim Kecil – Sub Mukim)

c) BILAL

RM800.00 (Bilal - Masjid Mukim Kategori ”A”)

RM700.00 (Bilal - Masjid Mukim Besar)

RM700.00 (Bilal - Masjid Mukim Kecil – Sub Mukim)

PERKARA AM

  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan tersebut tidak berjaya.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui https://epdm.e-maik.my/index.aspx dan hendaklah diisi dengan lengkap.

TARIKH TUTUP PADA ATAU SEBELUM : 17 JUN 2026 (RABU)


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini264
Kelmarin3321
Minggu Ini34211
Bulan Ini58022
Jumlah Pengunjung71139876