orange   green   default   red   malay   English  
faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

ADIK BERUSIA 10 TAHUN TERLANTAR AKIBAT DILANGGAR KETIKA BERMAIN DI HALAMAN RUMAH TERIMA SUMBANGAN MAIK

Keriangan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun bermain di halaman rumah datuknya berakhir dengan tragedi apabila tempurung kepalanya pecah akibat dilanggar sebuah motosikal di Jalan Kampung Tok Dosah, Bachok.

Muhammad Uwaisy Hakam selamat menjalani pembedahan membuang tempurung kepala di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Bapa kepada kanak-kanak tersebut Hasbullah bin Nordin, 38 menganggap kejadian menimpa Muhammad Uwaisy Hakam Hasbullah merupakaan satu tamparan hebat buat keluarganya apabila melihat anak yang dahulunya aktif kini hanya terbaring di katil tanpa mampu berkata-kata.

“Sekarang anak saya terlantar di atas katil, tidak boleh bercakap dan bergantung dengan minum susu tiga jam sekali setiap hari," luahnya.

Alhamdulillah, penderitaan yang ditanggung oleh mereka sekeluarga mendapat perhatian pihak Pentadbiran Masjid Mahmoodi Bachok, Imam Tua AF Ustaz Mohd Rosman bin Che Harun hari ini mewakili Majlis Agama Islam dab Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Keluarga ini menerima sumbangan berjumlah Rm3000. kepada Encik Hasbullah bin Nordin. Diharapkan dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan mampu meringankan beban dan kos rawatan susulan yang ditanggung. InsyaALLAH.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pembayar-pembayar zakat kepada MAIK. Zakat anda mampu menggembirakan insan-insan yang menerimanya.

#ANDAHEROASNAF

#MAIKPrihatin

#menujuredhaAllah

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini508
Kelmarin1827
Minggu Ini9377
Bulan Ini34714
Jumlah Pengunjung7130181