HAYATI KEUNGGULAN KEPERIBADIAN RASULULLAH SAW
Keistimewaan, keunggulan keperibadian dan sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW seharusnya menjadi pegangan kita pada setiap masa dan bukannya dilaksanakan secara bermusim iaitu ketika meraikan bulan kelahiran Baginda Rasullullah sahaja.
Itulah antara pesanan yang ditekankan AF. Ustaz Mohd Afifi Bin Ahmad @ Ahmad Ashaari, Pengurus Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) semasa merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Penghuni Rumah Kebajikan Darul Aitam MAIK Tahun 1447H, pada 22 September 2025.A
Titipan nasihat daripada seorang ayah buat penghuni Rumah Kebajikan Darul Aitam itu adalah untuk mengingatkan anak-anak penghuni di sini agar sentiasa menjadikan keistimewaan Baginda Rasullullah SAW dalam setiap perkara, sebagai pegangan supaya memperoleh keberkatan dalam hidup dan tidak mensia-siakan peluang yang masih ada untuk beramal.
Sebagai pengisian majlis, warga Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra pada malam tadi juga melaksanakan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah selain berselawat, berkhasidah dan membaca Surah Al-Mulk.
Majlis dimulakan dengan perarakan secara beramai-ramai sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Majlis yang penuh keberkatan pada malam tadi turut diimarahkan dengan penglibatan penghuni tahfiz Darul Quran MAIK.
Hadir sama, Yang Berusaha Encik Yasman bin Haji Hashim @ Yasin, Penyelia Darul Aitam, MAIK.
