faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

JADIKAN MASJID SEBAGAI ‘CENTRE OF UNITY’

Jadikan masjid sebagai ‘center of unity’ kepada masyarakat dan melahirkan ummah yang bersatu padu merentasi kefahaman ideologi, kepuakan dan kumpulan tertentu.

Itu antara pesanan yang ditekankan Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan juga Yang Dipertua MAIK, sempena Majlis Amanat Tengku Yang Dipertua MAIK Bersama Pegawai Masjid Negeri Kelantan Tahun 2023 di Grand Renai Hotel, Kota Bharu pada 15 Ogos 2023.

Dalam ucapan di hadapan hampir 1,000 Pegawai Masjid Negeri Kelantan semalam, Yang Berhormat Mulia mengingatkan para imam seharusnya melebarkan mesej kasih sayang dan persaudaraan agar rakyat di negeri Kelantan khususnya ini menjadi masyarakat contoh dalam aspek hubungan sesama Muslim, termasuk juga dengan bukan Islam.

Kita hayati maksud dan seruan Allah melalui ayat 103 Surah Al-Imran yang mafhumnya :

“𝑫𝙖𝒏 𝒃𝙚𝒓𝙥𝒆𝙜𝒂𝙣𝒈 𝒕𝙚𝒈𝙪𝒉𝙡𝒂𝙝 𝙠𝒂𝙢𝒖 𝒔𝙚𝒎𝙪𝒂𝙣𝒚𝙖 𝙥𝒂𝙙𝒂 𝒕𝙖𝒍𝙞 (𝒂𝙜𝒂𝙢𝒂) 𝘼𝑳𝙇𝑨𝙃, 𝒅𝙖𝒏 𝒋𝙖𝒏𝙜𝒂𝙣𝒍𝙖𝒉 𝒌𝙖𝒎𝙪 𝙗𝒆𝙧𝒄𝙚𝒓𝙖𝒊 𝒃𝙚𝒓𝙖𝒊, 𝙙𝒂𝙣 𝙞𝒏𝙜𝒂𝙩𝒍𝙖𝒉 𝒏𝙞𝒌𝙢𝒂𝙩 𝑨𝒍𝙡𝒂𝙝 𝙠𝒆𝙥𝒂𝙙𝒂𝙢𝒖 𝒌𝙚𝒕𝙞𝒌𝙖 𝙠𝒂𝙢𝒖 𝒅𝙖𝒉𝙪𝒍𝙪 (𝒎𝙖𝒔𝙖 𝙟𝒂𝙝𝒊𝙡𝒊𝙖𝒉) 𝙗𝒆𝙧𝒎𝙪𝒔𝙪𝒉𝙖𝒏, 𝙡𝒂𝙡𝒖 𝑨𝙇𝑳𝘼𝑯 𝒎𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒔𝙖𝒕𝙪𝒌𝙖𝒏 𝒉𝙖𝒕𝙞𝒎𝙪, 𝒔𝙚𝒉𝙞𝒏𝙜𝒈𝙖 𝙙𝒆𝙣𝒈𝙖𝒏 𝒌𝙪𝒓𝙣𝒊𝙖𝒏-𝑵𝙮𝒂 𝒌𝙖𝒎𝙪 𝙢𝒆𝙣𝒋𝙖𝒅𝙞 𝙗𝒆𝙧𝒔𝙖𝒖𝙙𝒂𝙧𝒂, 𝙨𝒆𝙙𝒂𝙣𝒈𝙠𝒂𝙣 (𝒌𝙚𝒕𝙞𝒌𝙖 𝙞𝒕𝙪) 𝒌𝙖𝒎𝙪 𝙗𝒆𝙧𝒂𝙙𝒂 𝒅𝙞 𝙩𝒆𝙥𝒊 𝒋𝙪𝒓𝙖𝒏𝙜 𝙣𝒆𝙧𝒂𝙠𝒂, 𝙡𝒂𝙡𝒖 𝑨𝙇𝑳𝘼𝑯 𝒎𝙚𝒏𝙮𝒆𝙡𝒂𝙢𝒂𝙩𝒌𝙖𝒏 𝒌𝙖𝒎𝙪 𝙙𝒂𝙧𝒊 𝒔𝙖𝒏𝙖. 𝒅𝙚𝒎𝙞𝒌𝙞𝒂𝙣𝒍𝙖𝒉, 𝘼𝑳𝙇𝑨𝙃 𝙢𝒆𝙣𝒆𝙧𝒂𝙣𝒈𝙠𝒂𝙣 𝙖𝒚𝙖𝒕-𝒂𝙮𝒂𝙩-𝙣𝒚𝙖 𝙠𝒆𝙥𝒂𝙙𝒂𝙢𝒖 𝒂𝙜𝒂𝙧 𝙠𝒂𝙢𝒖 𝒎𝙚𝒏𝙙𝒂𝙥𝒂𝙩 𝙥𝒆𝙩𝒖𝙣𝒋𝙪𝒌.”

Pada majlis sama, telah berlangsungnya penyampaian tauliah pelantikan Pegawai Masjid Mukim yang baharu dilantik.

Seramai 65 orang Pegawai Masjid Mukim dan 34 orang AJK Masjid Mukim Kategori A menerima watikah tauliah pelantikan.

Tauliah ini merupakan dokumen penting sebagai suatu tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada pegawai masjid yang terpilih.

Tauliah ini telah ditandatangani sendiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Kelantan yang menggambarkan bahawa tugas dan peranan para Pegawai Masjid Mukim adalah besar khususnya dalam membawa tanggungjawab agama di setiap mukim bertugas.

Harus diingatkan, bahawa peranan Pegawai Masjid Mukim sememangnya mendapat pengiktirafan dan penghormatan masyarakat sesuai dengan status orang agama yang dibawa.

Oleh kerana itu, para pegawai masjid haruslah menjaga tatasusila, akhlak, keperibadian dan penampilan agar sentiasa dihormati dan disegani oleh masyarakat.

Imej yang baik akan memberikan mesej yang kuat kepada masyarakat bahawa institusi masjid selayaknya dipandang tinggi dan harus dijadikan teladan untuk masyarakat umumnya.

Laksanakan tugas dengan penuh keikhlasan dan amanah serta kejujuran, Insya-ALLAH segala kesulitan dan kesusahan yang dihadapi akan diberikan jalan keluar oleh Ilahi dan dipandu oleh Tuhan sepanjang perjalanan.

#MAIK2023

#MajlisAmanatYDPMAIK

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini304
Kelmarin2787
Minggu Ini13339
Bulan Ini59445
Jumlah Pengunjung18596192