faq lokasi aduan peta


BERITA 2026

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KAMI TAKKAN BIARKAN MEREKA DIUSIR

Ketika keuntungan perniagaan semakin besar, penat lelah kita membangunkan perniagaan terasa berbaloi kerana pitis kita pun semakin ‘tebal’.

Ketika itulah hati kita mula diuji oleh Allah SWT. Kita mula sayang kepada pitis sendiri — sayang untuk menderma dan lebih takut lagi untuk berzakat.

Kita menjadi kedekut kerana beranggapan bahawa duit yang ada dalam tangan kita sekarang adalah hasil usaha kita sendiri.

Kenapa perlu kita berikan kepada orang lain? Atau kenapa kita perlu keluarkan zakat lagi? Habislah duit kita!

Jangan sesekali terlintas di hati kita pemikiran sedemikian rupa, kerana dengan berzakatlah Allah SWT akan mengurniakan keberkatan kepada kita — bukan sahaja dari segi harta, malah nikmat kesihatan untuk terus bekerja keras demi memperoleh rezeki yang lebih banyak.

Berzakatlah sebelum terlambat. Inilah yang menjadi pegangan pasangan influencer tersohor, iaitu Syahmi Sazli dan isterinya, Anissa.

Alhamdulillah, pada setiap tahun jumlah bayaran zakat pendapatan dan perniagaan mereka semakin bertambah.

Pada hari ini, di sebalik kesibukan menguruskan perniagaan, pasangan ini telah hadir menunaikan zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

“Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah pembalasan yang terbaik kepada Syahmi Sazli dan Anissa selaku pembayar zakat MAIK pada hari ini.”

“Sucikanlah harta dan rezeki mereka, berkatilah keluarga mereka, kurniakanlah keuntungan berganda dalam pekerjaan dan perniagaan mereka, serta kurniakanlah kesenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan mereka di dunia dan di akhirat nanti.” Amin Ya Rabbal Alamin.

“𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑 𝐙𝐀𝐊𝐀𝐓, 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐇𝐄𝐑𝐎 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅

 

flickrwww.flickr.com


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini4645
Kelmarin5247
Minggu Ini9892
Bulan Ini107972
Jumlah Pengunjung61842972