faq lokasi aduan peta

BERITA 2026

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KEGEMBIRAAN ANAK YATIM, PELAJAR TAHFIZ DAN ORANG KELAINAN UPAYA BERBUKA PUASA BERSAMA YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN

Suasana berbuka puasa bagi Anak-anak Yatim Darul Aitam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Pelajar Darul Quran, MAIK pada hari ini lebih meriah dengan keberangkatan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan.

Baginda pada hari ini berkenaan berangkat meraikan 92 anak-anak yatim, 104 pelajar tahfiz dan juga Orang Kelainan Upaya (OKU) bersempena Majlis Berbuka Puasa Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Bersama Anak-anak Yatim Darul Aitam MAIK dan Pelajar Darul Quran MAIK di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji.

Sebelum berbuka puasa bersama-sama, Baginda juga berkenaan mengurniakan sumbangan zakat kepada anak-anak yatim, pelajar tahfiz dan juga OKU. Baginda turut berkenan menunaikan solat fardu Maghrib berjemaah bersama para jemputan yang hadir.

Majlis pada 4 Mac 2026 bersamaan 14 Ramadan 1447 ini turut dihadiri, Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan, Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz (Tengku Temenggong Kelantan juga Yang Dipertua MAIK), Yang Berhormat Mulia Dato’ Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Faziharudean bin Dato’ Tengku Feissal (Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan), Yang Berhormat Dato’ Idham bin Haji Abd Ghani (Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan), Yang Berhormat Dato’ Rosnazli bin Haji Amin (Pegawai Kewangan Negeri Kelantan), Yang Berhormat Ustaz Mohd Asri bin Mat Daud (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Dakwah Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan), Yang Berhormat Dato’ Kaya Perba Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad (Mufti Kerajaan Negeri Kelantan) dan Yang Amat Arif Dato’ Haji Ibrahim bin Deris (Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan).

Junjung Kasih Tuanku.

#MAIK2026

flickrwww.flickr.com


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1569
Kelmarin3546
Minggu Ini36923
Bulan Ini114034
Jumlah Pengunjung67317110