faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LAWATAN PENILAIAN JAWATANKUASA PEMATUHAN STANDARD ACCOUNTING SYSTEM FOR GOVERNMENT AGENCIES (SAGA)

Kementerian Kewangan Malaysia bersama Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah mengadakan Lawatan Penilaian Jawatankuasa Pematuhan Standard Akaunting System For Government Agencies (Sistem Perakaunan Standard Bagi Agensi Kerajaan) terhadap Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Penilaian yang berlangsung 13 September 2022 itu telah diadakan di Hotel Perdana Kota Bharu bermula jam 9 pagi hingga 1 petang yang turut dihadiri, Al-Fadhil Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Baitulmal MAIK.

Pasukan pembentang bagi Kewangan MAIK diketuai oleh Yang Berusaha Puan Nik Aziah binti Daud, Akauntan MAIK.

Sementara pasukan dari Unit Teknologi Maklumat MAIK pula diketuai oleh Yang Berusaha Puan Marziati binti Yusoff selaku Pegawai Unit Teknologi Maklumat MAIK.

Barisan jawatankuasa SAGA pula terdiri daripada Yang Berusaha Encik Mohamad Nor Azam bin Sabtu, Timbalan Pengarah Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akuantan Negara, Yang Berusaha Puan Jannaatu’ Adnin binti Maslan, Ketua Penolong Pengarah Sektor Audit Kewangan Jabatan Akauntan Negara dan Yang Mulia Tengku Azharuddin bin Tuan Mohd Amin, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Teknologi Maklumat Kementerian Kewangan Malaysia.

Sesi penilaian secara atas talian juga turut disertai Yang Berusaha Puan Normadiah binti Ismail, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Teknologi, Jabatan Akuantan Negara dan Yang Berusaha Encik Wan Mohd Aswad bin Wan Harun, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Jabatan Akauntan Negara.

Barisan jawatankuasa SAGA juga turut mengadakan lawatan ke pejabat MAIK sejurus selesaikan sesi penilaian di Hotel Perdana.

Untuk makluman, SAGA merangkumi sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang dibangunkan atau Commercial Off-The-Shelf (COTS) serta sistem sokongan berkaitan data kewangan yang berintegrasi dengannya. Sistem aplikasi tersebut perlu mematuhi reka bentuk sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang diluluskan oleh JANM dan Kriteria Pematuhan SAGA.

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2788
Kelmarin3511
Minggu Ini6299
Bulan Ini16403
Jumlah Pengunjung8183556