faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK KORBAN 72 EKOR LEMBU SEMPENA AIDILADHA BUAT ORANG ASLI DI SELURUH NEGERI KELANTAN

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) tidak pernah meminggirkan masyarakat Orang Asli di negeri ini.

Sempena Aidiladha pada tahun 1443H/2022M, pihak MAIK menyumbang sebanyak 72 ekor lembu untuk masyarakat Orang Asli di seluruh Kelantan dan disembelih secara bergotong-royong bersama penduduk di enam lokasi penyembelihan.

Ibadat korban telah diadakan bermula hari pertama Aidiladha sehingga hari raya keempat.

Seramai 4,830 ketua isi rumah Orang Asli membabitkan 19 pos di Kelantan telah menerima daging korban berkenaan.

Alhamdulillah pada 13 Julai 2022 bersamaan 13 Zulhijjah 1443H telah berlangsung dengan meriahnya program ibadat korban bersama Orang Asli di perkampungan mereka di RPS Kuala Betis, Gua Musang.

Pada majlis itu, sebanyak 13 ekor lembu dikorban secara bergotong-royong di RPS Kuala Betis, Gua Musang.

Sambutan Aidiladha kali ini amat bermakna buat mereka dengan keberangkatan Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz juga Yang Dipertua MAIK bersama Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong.

Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan bersama isteri meluangkan masa hampir dua jam meraikan hampir  1,000 masyarakat Orang Asli sempena Program Ibadat Korban di Perkampungan Orang Asli Negeri Kelantan Bagi Tahun 1443H/2022M serta Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli di RPS Kuala Betis.

Pada majlis itu juga, selain mendapat agihan daging korban, seramai 795 ketua isi rumah Orang Asli di RPS Kuala Betis turut menerima kurniaan wang tunai dan bakul makanan.

Program telah dihadiri, Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan, Yang Amat Berusaha Tuan Haji Ab Pattah bin Hasbullah, Ketua Jajahan Gua Musang, Yang  Amat Berusaha, Tuan Mohd Zamri bin Ibrahim, Ketua Jajahan Kecil Lojing dan Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Hadir sama, Yang Berhormat Tuan haji Syahbuddin bin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Yang Berhormat Tuan Haji Ab Aziz bin Yusoff, ADUN Nenggiri dab Yang Berhormat Tuan Haji Amran bin Arifin, ADUN Paloh.

Majlis kali ini juga turut dijayakan dengan kerjasama 30 penuntut dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu yang hadir sama membantu kerja-kerja mengagih dan memotong daging.

Pihak MAIK juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong penuh usaha menjalin ukhwah menerusi program menyantuni masyarakat Orang Asli di Kelantan.

#MAIK2022

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini124
Kelmarin3979
Minggu Ini10725
Bulan Ini51220
Jumlah Pengunjung7376397