faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK SUMBANG RM30 RIBU BANTU MANGSA BANJIR DI PAKISTAN

Penderitaan mangsa akibat banjir monsun di Pakistan baru-baru ini turut mendapat perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Hasil harta yang diinfakkan oleh orang ramai kepada MAIK, kami telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM30 ribu menerusi badan bukan kerajaan iReach Malaysia untuk membantu mereka yang dilanda musibah di sana.

Misi Bantuan Kemanusiaan iReach Malaysia yang diketuai Yang Berusaha Encik Johan Arif bin Ismail bersama tujuh sukarelawan telah berada di Pakistan sejak 3 Oktober lalu dan dijangka berkampung selama 10 hari.

Kali ini mereka membawa makanan dan ubat- ubatan untuk diagihkan kepada sekitar 2,000 penduduk kawasan teruk terjejas, antaranya di Wilayah Sindh dan Wilayah Selatan Punjab.

Encik Johan juga turut mengucapkan terima kasih kepada pihak MAIK yang menyumbangkan sejumlah wang ringgit untuk membeli barangan keperluan bagi sama-sama membantu mangsa-mangsa banjir di Pakistan.

Pada hari ini sahaja 500 lagi pek makanan yang berupa 20 kilogram beras dan kit hygiene diedarkan di Food Distribution centre wilayah Sindh.

Misi bantuan turut dibantu oleh NGO di sana supaya bantuan dapat diagihkan dengan cepat. Agar mangsa-mangsa yang tinggal di khemah usang secara berselerak mendapat perhatian dan merasa lebih baik.

Sama-sama kita doakan supaya misi ini berjalan dengan selamat memandangkan di sana mereka berdepan dengan cuaca kering dan berdebu selain terdedah dengan taun, malaria, denggi termasuklah pelbagai penyakit bawaan air juga lalat. Sebelum ini, menerusi NGO sama, MAIK telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada penduduk Palestin yang mana kurang dari 24 jam, sumbangan MAIK sudah tiba di Bumi Palestin ketika itu. Johari Arif juga mengucapkan terima kasih kepada pihak MAIK yang sentiasa memberikan sumbangan dalam menjayakan misi kemanusian dikendalikan oleh iReach Malaysia.

Terima kasih jua kepada semua penyumbang kerana bersama-sama MAIK telah memberikan kegembiraan kepada mereka yang menderita di Pakistan. Hanya ALLAH SWT yang mampu membalasnya.

Berdasarkan kenyataan Menteri Luar Pakistan Bilawal Bhutto Zardari, seramai lebih 1,500 orang terkorban dalam banjir itu yang turut menjejaskan 33 juta penduduk. Menurut AFP, hujan monsun melanda Pakistan buat kali pertama itu telah mengorbankan 1,700, nyawa selain memusnahkan 2 juta rumah, dan menyebabkan satu pertiga daripada negara itu ditenggelami air. 8 juta orang kehilangan tempat tinggal.

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2904
Kelmarin3511
Minggu Ini6415
Bulan Ini16519
Jumlah Pengunjung8183672