faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK TURUT JAYAKAN MALAYSIA #QURANHOUR

Warga Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) turut menjayakan Malaysia #QuranHour yang berlangsung serentak di seluruh negara pada 30 Ogos 2022.

Sempena program ini warga MAIK meluangkan masa sekitar satu jam bagi membaca Surah al-Sajdah (Sujud) di pejabat masing-masing.

Malaysia #QuranHour diadakan sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-65 dalam usaha menghayati surah al-Sajdah sekali gus membina negara Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur (negara baik yang mendapat keampunan Allah SWT) serta membentuk Keluarga Malaysia yang Teguh Bersama melalui formula sujud dan infak.

Malaysia #QuranHour dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama rakan sinergi termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pusat Pelancongan Islam (ITC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan Awam Semalaysia(MAPAM), Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran, badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara. Malaysia #QuranHour

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini135
Kelmarin3979
Minggu Ini10736
Bulan Ini51231
Jumlah Pengunjung7376408