orange   green   default   red   malay   English  
faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN MASJID RAZALEIGH DI GUA MUSANG KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Alhamdulillah pada hari yang penuh berkat, di hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Masjid Razaleigh, Gua Musang kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Penyerahan masjid yang diinspirasi dari Masjidil Haram itu telah dihadiri Yang Berhormat Mulia, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK dan Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang.

Hadir sama, YB. Sahibus Samahah Dato' Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, YB. Tuan Haji Abdul Aziz bin Yusoff, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masjid Razaleigh dan YB. Tuan Mohd Syahbuddin bin Hashim, YB. Tuan Amran bin Arifin, ADUN Paloh serta YABrs. Tuan Haji Ab Pattah bin Hasbullah, Ketua Jajahan Gua Musang.

Pada majlis itu, Yb Ab. Aziz juga ADUN Nenggiri telah menyerahkan replika kunci buat Tuan Haji Zulkifle sebagai gimik penyerahan Masjid Razaleigh yang bernilai RM34 juta itu kepada MAIK.

Sebagaimana titah Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, pada majlis ini, MAIK sentiasa memyambut baik usaha semua pihak yang merancang serta melaksanakan pembangunan untuk syiar Islam terutamanya dalam membangunkan masjid bermula dari pewakafan tanah, pengurusan kitipan derma dan pembinaan, sehinggalah pelantikan pegawai masjid adalah di bawah tanggungjawab pihak MAIK.

Masjid Razaleigh juga telah diperkenankan untuk dinaiktaraf sebagai masjid bandar sementara masjid lama akan terus beroperasi sebagai masjid iktikaf.

Masjid Razaleigh yang dibina di tanah seluas 900,000 kaki persegi itu terletak di Bandar Lama Gua Musang dan mampu menampung lebih 3000 orang jemaah.

Layari Portal Rasmi www.e-maik.my untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa Follow, Like dan Share :

- Instagram: https://www.instagram.com/maikkelantan

- Facebook: Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

#MAIK2022

#MAIKPrihatin

 

 

 

 

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1147
Kelmarin1658
Minggu Ini7481
Bulan Ini51067
Jumlah Pengunjung3423595