orange   green   default   red   malay   English  
faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

McDONALD’s MALAYSIA BAYAR ZAKAT KORPORAT BERNILAI RM200 RIBU KEPADA MAIK DAN SUMBANG 12 EKOR LEMBU BAGI IBADAH KORBAN BUAT KELUARGA ASNAF

Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berkenan menerima persembahan cek zakat perniagaan daripada UMW Holdings Berhad.

Cek Zakat Perniagaan yang berjumlah RM2 juta tersebut diserahkan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman, Pengerusi Kumpulan UMW Holdings Berhad.

Persembahan cek berkenaan berlangsung di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan dan turut dihadiri Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan; Yang Amat Arif Tuan Haji Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan; Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Zainai bin Mohamed, Ahli Majlis Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan; Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK bersama Yang Berusaha Encik Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK dan Yang Berusaha Encik Mohd Izwan Shah bin Dato’ Haji Mohd Aiseri, Ketua Pegawai Pembangunan, MAIK serta al-Fadhil Ustaz Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah, Ketua Pegawai Zakat, MAIK.

Pihak UMW Holdings Berhad turut diwakili Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Fuaad Kenali selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (PGCEO) UMW Holdings Berhad, Yang Berbahagia Tan Sri Hasmah Abdullah, Yang Berbahagia Dato’ Eshah Meor Suleiman dan Yang Berusaha Encik Razalee Amin.

“Ya ALLAH Ya Tuhan kami, kurniakanlah pembalasan yang terbaik kepada UMW Holdings Berhad selaku pembayar zakat MAIK pada hari ini.”

“Sucikanlah harta dan rezeki mereka, berkatilah keluarga mereka, kurniakanlah keuntungan berganda kepada pekerjaan dan perniagaan mereka, kurniakanlah kesenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan mereka di dunia dan di akhirat nanti.”  Amin Ya Rabbal Alamin.

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini406
Kelmarin1827
Minggu Ini9275
Bulan Ini34612
Jumlah Pengunjung7130079