MEMUPUK BUDAYA WAKAF DALAM KALANGAN JABATAN PENDIDIKAN KELATAN
Alhamdulillah, Allah SWT memberikan peluang kepada pihak MAIK untuk terus menguar-uarkan mengenai kehebatan ganjaran berwakaf.
Semalam, seramai 150 kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan telah mendapat perkongsian berkaitan dengan Waqaf Tunai MAIK daripada Al-Fadhil Ustaz Muhammad Solihin bin Abd Razak, Pegawai Imarah Wakaf MAIK yang diadakan di Tunjong.
Sesungguhnya, jika kita benar-benar menyedari betapa besar dan bermaknanya ganjaran wakaf di sisi Allah SWT, pastinya kita tidak akan berkira untuk bersedekah. Wakaf merupakan antara amalan yang menjanjikan pahala berterusan, yang tetap mengalir walaupun seseorang itu telah kembali ke rahmatullah.
Semoga Allah SWT menjentik hati kita untuk menjadi salah seorang daripada mereka yang tergolong dalam kumpulan hambaNya yang mendapat pahala berterusan sebagai pewakaf. Amin Ya Rabbal Alamin.
“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah umpama sebiji benih yan tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (Surah Al-Baqarah: ayat 261)
