faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PELANCARAN BULAN WAKAF MAIK TAHUN 2023

Pada 14 Ogos 2023 bersamaan 27 Muharram 1445H Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah melancarkan Bulan Wakaf MAIK Tahun 2023.

Pelancaran yang berlangsung di Hotel Perdana, Kota Bharu telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan juga Yang Dipertua MAIK.

Hadir sama, Yang Berhormat Dato’ Kaya Setia, Dato’ Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Kaya Perba, Dato’ Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan; Yang Amat Arif Tuan Haji Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, Yang Berhormat Sahibul Fadilah Dato’ Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, Timbalan Mufti Kelantan, Yang Berbahagia Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) dan Yang Amat Berusaha Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Pihak MAIK berbesar hati kerana sebahagian pewakaf yang telah mewakafkan harta mereka dalam bentuk hartanah yang bernilai lebih RM 5 juta turut sama hadir memeriahkan program pada hari ini.

Semoga ALLAH SWT memberikan ganjaran pahala yang berpanjangan kepada semua jutawan akhirat yang ikhlas mewakafkan harta untuk mendapat keredhaan ALLAH S.W.T.

Sepanjang Bulan Wakaf yang diadakan pada bulan Safar dan Rabiul Awal ini, pelbagai aktiviti akan diadakan, antaranya, penerangan berkaitan projek-projek wakaf, program-program wakaf, taklimat kesedaran wakaf dan pembukaan kaunter semasa taklimat wakaf.

Imam-Imam seluruh negeri Kelantan juga akan turut sama memberi penerangan berkaitan wakaf. Selain itu, rakan-rakan kerjasama strategik MAIK seperti Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) akan turut sama mengadakan program-program bagi menggalakkan masyarakat untuk berwakaf.

𝙍𝑨𝙎𝑼𝙇𝑼𝙇𝑳𝘼𝑯 𝑺.𝑨.𝑾 𝑩𝙀𝑹𝙎𝑨𝘽𝑫𝘼, 𝒀𝘼𝑵𝙂 𝘽𝑬𝙍𝑴𝘼𝑲𝙎𝑼𝘿 :

“𝑨𝙋𝑨𝘽𝑰𝙇𝑨 𝑴𝙀𝑵𝙄𝑵𝙂𝑮𝘼𝑳 𝑫𝙐𝑵𝙄𝑨 𝑺𝙀𝑺𝙀𝑶𝙍𝑨𝙉𝑮 𝑨𝙉𝑨𝙆 𝘼𝑫𝘼𝑴, 𝙈𝑨𝙆𝑨 𝑻𝙀𝑹𝙋𝑼𝙏𝑼𝙎𝑳𝘼𝑯 𝑨𝙈𝑨𝙇𝑨𝙉𝑵𝙔𝑨 𝑲𝙀𝑪𝙐𝑨𝙇𝑰 𝑻𝙄𝑮𝘼 𝙋𝑬𝙍𝑲𝘼𝑹𝘼, 𝑰𝘼𝑰𝙏𝑼 𝑺𝙀𝑫𝙀𝑲𝘼𝑯 𝑱𝘼𝑹𝙄𝑨𝙃, 𝑰𝙇𝑴𝙐 𝙔𝑨𝙉𝑮 𝑫𝙄𝑴𝘼𝑵𝙁𝑨𝘼𝑻𝙆𝑨𝙉 𝘿𝑨𝙉 𝘼𝑵𝘼𝑲 𝒀𝘼𝑵𝙂 𝙎𝑶𝙇𝑬𝙃, 𝒀𝘼𝑵𝙂 𝙎𝑬𝙉𝑻𝙄𝑨𝙎𝑨 𝑴𝙀𝑵𝘿𝑶𝘼𝑲𝘼𝑵 𝑲𝙀𝑫𝙐𝑨 𝑰𝘽𝑼𝘽𝑨𝙋𝑨𝙉𝒀𝘼,” (𝑯𝘼𝑫𝙄𝑺 𝑹𝙄𝑾𝘼𝒀𝘼𝑻 𝑴𝙐𝑺𝙇𝑰𝙈).

#WakafMAIK

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini323
Kelmarin2787
Minggu Ini13358
Bulan Ini59464
Jumlah Pengunjung18596211