faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PONTENG SEKOLAH DEMI ORANG TUANYA

Kali ini kami bawakan kisah hidup seorang anak berumur 14 tahun. Kami tuliskan sisi positif kisah Muhammad Adam Aizad bin Mazlan. Adam si anak tunggal.

Di usianya setahun jagung, dia diuji. Dia kadang kala kena ponteng sekolah. Bukan kerana malas tapi dia menggalas tanggungjawab menjaga syurganya. Ayahnya terlantar. Ibu pula sakit.

Jadi, selain memberikan tumpuan pada pelajaran agar impian bergelar ahli farmasi ataupun guru menjadi kenyataan, Adam juga perlu menguruskan orang tuanya.

Pakaian dibasuh, rumah dijaga bersih, memasak pun dia. Sebelum ke sekolah, dia pastikan orang tuanya bersih dan makan serta minum disiapkan. Besarnya pengorbanan mu duhai anak.

Bukan itu sahaja. Ibunya, sambil menitiskan air mata menceritakan Adam juga sanggup ketepikan keperluan diri sendiri. Jika perlukan duit untuk belikan barangan untuk ayahnya, dia dahulukan ayahnya.

Ayahnya perlukan sekurang-kurangnya RM1,500 untuk dirinya. Susu pun sudah berharga RM112 satu tin. Bertahan 3 hari saja. Duit bulanan JKM RM500 sebulan dan sumbangan jiran, saudara mara sangat berhemah digunakan. Itupun masih tak cukup.

Betapa bersyukurnya duhai ayah dan ibu kerana dikurniakan seorang anak yang masih 'kecil' tapi tahu menghargai, menyayangi dan mengorbankan keseronokan diri sendiri demi orang tuanya.

Betapa keluarga ini perlukan bantuan. Keluarga ini layak mendapat manfaat zakat daripada kami. Hari ini kami mewakili pembayar zakat MAIK telah menggembirakan mereka. 

Kami sampaikan bantuan segera untuk perubatan sebanyak RM3,000. Kami juga berikan bakul makanan. Kami ringankan beban bulanan dengan kelulusan Bantuan Bulanan Fakir Miskin sebanyak RM1,000 sebulan. Soal belanja sekolah Adam juga kami bantu. Kami pertimbangkan Bantuan Biasiswa Tengku Anis MAIK buat Adam. Kami tanggung sampai dia habis sekolah.

Semoga kisah ini juga menjadi inspirasi kepada anak-anak di luar sana. Betapa dugaan yang dihadapi, di sebalik ujian yang dihadirkan oleh ALLAH SWT terhadap ibu bapa kita, ia bukanlah jalan terakhir kepada kehidupan kita. Berdoalah dengan ikhlas.

Insya ALLAH, ALLAH SWT kirimkan bantuan kepada kalian sebagai ganjaran di dunia dan akhirat nanti. Berbaktilah kepada ibu bapa mu selagi hayat dikandung badan.

Ibu bapa kita adalah 'pintu' keberkatan, kebahagian dan penentu kehidupan kita kemudian hari.

Terima Kasih Pembayar Zakat. Anda Hero Sebenar Asnaf.

Semoga pahala atas kebaikan dilakukan Adam dan ibunya juga mengalir buat para pembayar zakat kami. Amin.

#MAIK2023

#MAIKCaknoSengoti

#ZakatMAIK

flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini271
Kelmarin2787
Minggu Ini13306
Bulan Ini59412
Jumlah Pengunjung18596159