faq lokasi aduan peta


BERITA 2025

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM PENINGKATAN PRESTAS & MOTIVASI SIAK DAN BILAL “GIVE 100%” CAPAI MATLAMAT PENGANJURAN

Program Peningkatan Prestasi & Motivasi Siak dan Bilal “Give 100%” dianjurkan bagi menyokong usaha Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memperkukuh kompetensi, sahsiah dan komitmen petugas masjid. Ia dirangka sebagai inisiatif peningkatan prestasi untuk memastikan mutu perkhidmatan masjid sentiasa berada pada tahap terbaik.

Sepanjang program yang dikendalikan oleh penceramah Encik Zukernain Wook, peserta didedahkan kepada pelbagai pengisian berbentuk ceramah, latihan praktikal dan aktiviti berkumpulan yang interaktif.

Program ini telah berjaya memberi kesedaran tentang tanggungjawab, etika kerja dan keperluan peningkatan prestasi dalam melaksanakan tugas sebagai petugas masjid. Pengisian motivasi dan pembangunan diri juga membantu meningkatkan keyakinan serta komitmen para peserta.

Secara keseluruhan, program “Give 100%” yang dijalankan selama dua pada 6 hingga 7 Disember 2025 di Ibis Styles Hotel Kota Bharu itu memberi impak positif terhadap pembentukan sikap, motivasi dan kecekapan kerja siak dan bilal. Program seperti ini wajar diteruskan bagi memastikan kecemerlangan pengurusan masjid di bawah MAIK dapat dicapai secara berterusan.

#MAIK2025

flickrwww.flickr.com


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1993
Kelmarin7569
Minggu Ini16896
Bulan Ini83157
Jumlah Pengunjung57156062