faq lokasi aduan peta


BERITA 2025

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

RAKYAT JELATA BERSATU DALAM DOA DAN SYUKUR SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN MUHAMMAD V

Lebih 1,000 rakyat jelata berhimpun menyempurnakan Solat Hajat dan bacaan doa selamat sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-56, Tahun 2025.

Majlis penuh keberkatan yang berlangsung di Masjid Jamek Al-Ismaili, Pasir Pekan ini diserikan dengan keberangkatan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan.

Solat Hajat berjemaah diimamkan oleh Sahibus Samahah Dato’ Kaya Perba Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, manakala bacaan Yasin dipimpin oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Baharuddin bin Abdullah, Imam Tua Masjid Jamek Al-Ismaili Pasir Pekan.

Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan berangkat meninggalkan majlis selepas menunaikan solat Isyak berjemaah.

Turut hadir memuliakan majlis ialah Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Dato’ Haji Mohd Nasuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan; Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan; serta YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

#MAIK2025

 

flickrwww.flickr.com


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini387
Kelmarin5815
Minggu Ini17477
Bulan Ini101079
Jumlah Pengunjung53933590