faq lokasi aduan peta


BERITA 2026

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

RESAH FIKIRKAN NAK BESARKAN ANAK PEREMPUAN : ZAKAT MAIK JADI SINAR HARAPAN

Beberapa hari lalu, kami menerima maklumat berkaitan dengan kesusahan yang dialami seorang ibu tunggal bersama anak istimewa, hidup dalam suasana serba kekurangan. Hari ini, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) turun padang bertanya khabar dan menyantuni keluarga Kak Rohaya binti Awang di Kampung Gong Datok, Pasir Puteh.

Sebelum ini, Kak Rohaya tinggal bersama suaminya di Sabah dan selepas kematian suaminya lima tahun lalu, dia terpaksa pulang ke Kelantan bersama dua anak perempuannya, seorang anak perempuan OKU dan seorang lagi berusia 8 tahun.

Kehidupan keluarga ini berubah setelah kematian suaminya. Kak Rohaya sering menangis kerana tertekan dengan dugaan hidup yang dialaminya. Akibatnya, mata sebelah kirinya sudah tidak dapat melihat dan mata kanannya semakin kabur. Ditambah pula, dia menghidap kencing manis dan darah tinggi.

Dia bukan tidak mahu bekerja mencari duit, tapi anak perempuan OKU yang berusia 17 tahun tidak boleh ditinggalkan sendirian, dia tidak boleh berjalan. Dimandikan pun di ruang tamu. Kak Rohaya tidak berdaya nak angkat ke bilik air. Lagipun, mata dia tidak seperti orang lain.

Sekarang, dia tinggal di rumah sewa dengan bayaran RM150 sebulan. Rumah yang didiami juga tidak begitu bersesuaian dengan kehidupan mereka, ditambah pula dengan adanya anak OKU. Disebabkan itulah, bapa saudara bersama penduduk kampung bergotong-royong membina rumah buat Kak Rohaya sejak November tahun lalu, tetapi masih tidak siap kerana kekurangan dana. Difahamkan juga, mempunyai masalah dengan pemilikan tanah.

Kak Rohaya juga memberitahu, dia sentiasa berdoa agar ada sinar bahagia bakal nikmati mereka suatu hari nanti dan Alhamdulillah katanya, pada hari ini pihak MAIK datang ke rumahnya menghulurkan bantuan.

Pada hari ini, pihak MAIK diwakili oleh Yang Berusaha Puan Siti Farahida binti Fauzi, Pegawai Agihan Zakat MAIK bersama Yang Berusaha Encik Muhamad Firdaus bin Mat Rahim, Pegawai Komunikasi Korporat MAIK telah menghulurkan Bantuan Am berjumlah RM2,000 kepada Kak Rohaya dan Kak Rohaya menerima Bantuan Zakat Bulanan sebanyak RM500 sebulan serta pihak MAIK juga menanggung bayaran rumah sewa Kak Rohaya.

Pihak MAIK turut mempertimbangkan untuk membeli kerusi roda elektrik kepada anak istimewa Kak Rohaya bagi memudahkan pergerakan kerana Kak Rohaya tidak kuat untuk menolaknya setiap hari.

Semoga bantuan daripada pembayar zakat MAIK ini dapat mengurangkan keresahan hati Kak Rohaya membesarkan anak-anaknya.

#MAIK2026

#zakatmaik

flickrwww.flickr.com


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1357
Kelmarin7283
Minggu Ini15341
Bulan Ini68914
Jumlah Pengunjung61803914