
RUMAH HANGUS 100 PERATUS... WARGA EMAS TERIMA MANFAAT ZAKAT MAIK
Di sebalik dugaan dihadapi seorang warga emas dengan rumah didiaminya hangus 100 peratus dalam kebakaran, ALLAH SWT telah aturkan rezeki mendatang yang terbaik buatnya.
Kejadian tersebut berlaku petang Khamis lalu. Rumah Siti Fatimah bt Mahmud di belakang SK Chenderong Baru, Tumpat tidak dapat diselamatkan. Dokumen penting juga hangus menjadi abu.
Bahkan Siti Fatimah berusia 81 tahun itu jua turut cedera. Kedua-dua kakinya dan bahagian belakang badannya melecur disambar api ketika menyelamatkan diri semasa api marak.
Makcik Fatimah dirawat di hospital dan baru sahaja dibenarkan pulang petang semalam. Kini ibu lima anak itu menumpang di rumah anak sulungnya.
Bagi membantu warga emas ini, pihak MAIK diwakili Imam Tua Masjid Ismaili Bandar Tumpat, Al-Fadhil Ustaz Mohd Sidek bin Mamat telah menyampaikan bantuan segera berjumlah RM2,000 kepada anak lelaki mangsa, Muhamad Yusmi bin Sulaiman kerana ketika itu mangsa masih berada di hospital.
Warga emas ini juga turut menerima manfaat zakat, yang mana pihak MAIK telah mempertimbangkan untuk membina rumah zakat MAIK kepadanya.
Terima Kasih Pembayar Zakat. Anda Hero Sebenar Asnaf