Pada hari ini telah berlangsungnya Seminar Imarah Masjid Negeri Kelantan yang melibatkan 700 peserta terdiri daripada semua Imam dari 621 masjid seluruh Negeri Kelantan yang diadakan di Hotel Perdana, Kota Bharu.
Seminar tersebut diadakan bagi merancakkan lagi program dan aktiviti untuk dianjurkan oleh pihak masjid pada masa hadapan dengan pendekatan yang lebih menarik dan berkesan.
Pembentangan Kertas Kerja:
Oleh : Yang Berusaha, Ts. Ah Faezal Husni bin Arshad, Panel Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Program Masjid SLDN
Sesi diteruskan dengan Forum Imarah Masjid ( Masjid Imarah, Mukim Barakah)
Moderator : AF. Ustaz Nik Mohd Afif Azhan bin Nik Mohd Naidi (Imam Tua 2, Masjid Jamek Muhammadi, Kota Bharu)
Panel 1: AF. Ustaz Saibon bin Ismail (Pegawai Agama Jajahan Kuala Krai)
Panel 2 : Yang Berusaha Puan Che Rokiah binti Mohamed @ Low Teik Lai (Mantan Pensyarah UiTM)