faq lokasi aduan peta


BERITA 2025

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SEMOGA ALLAH SWT GANDAKAN KEBERKATAN HIDUP MEREKA

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran dan doa agar ALLAH SWT menggandakan keberkatan dalam kehidupan para pembayar zakat yang telah menunaikan kewajipan mereka melalui MAIK.

Alhamdulillah, pada hari ini Syarikat AnaZahra OEM Sdn. Bhd, Sofea Group Of Companies dan Eniq World Group telah menyempurnakan bayaran zakat korporat masing-masing dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Tok Kenali, Aras 2, MAIK.

Zakat korporat tersebut telah dipersembahkan kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang Dipertua MAIK.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong Kelantan.

Jutaan penghargaan diucapkan kepada para pembayar zakat seperti berikut:

  1. Syarikat AnaZahra OEM Sdn. Bhd – diwakili Yang Berusaha Puan Nur Farhana binti Ismail, Pengasas Produk - (RM1 juta) 
  2. Sofea Group Of Companies – diwakili Yang Berusaha Cik Siti Azifah binti Mohd Rosdi (Ketua Pegawai Operasi) -  (RM1 juta)  
  3. Eniq World Group – diwakili Yang Amat Berbahagia Dato’ Rowi bin Dollah (Pengarah Urusan) - (RM150,000)

MAIK mendoakan agar segala harta dan rezeki para pembayar zakat ini disucikan dan diberkati, keluarga mereka dilimpahi kesejahteraan, serta perniagaan mereka terus berkembang dengan keuntungan yang berlipat ganda.

Semoga sumbangan zakat ini menjadi asbab kepada peningkatan bantuan yang lebih berkesan kepada para asnaf, sekali gus membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Terima kasih pembayar zakat, anda hero sebenar asnaf.

#MAIK2025

#ZAKATMAIK

flickrwww.flickr.com


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1982
Kelmarin7569
Minggu Ini16885
Bulan Ini83146
Jumlah Pengunjung57156051