Pada hari ini telah berlangsungnya Taklimat Zakat Pendapatan dan Dana Awam Bailtulmal Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kepada 70 warga Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Kelantan.
Perkongsian daripada Ketua Pegawai Zakat, MAIK, Al-Fadhil Ustaz Ameer Azeezy Bin Tuan Abdullah bersama Al-Fadhil Ustaz Ahmad bin Yunoh, Pegawai Mal dan Sumber Am, MAIK diadakan di Wisma Audit, Kota Bharu.
Taklimat kepada warga JAN Negeri Kelantan turut dihadiri Yang Amat Berusaha Encik Hazman bin Mohamed, Pengarah JAN Negeri Kelantan bersama Timbalannya, Yang Berusaha Encik Mohd Roshidi bin Noor.
Terima kasih kepada pihak JAN Negeri Kelantan yang sudi menjemput pihak MAIK untuk perkongsian bagi mengetahui secara lebih mendalam berkaitan zakat dan juga Dana Awam Baitulmal MAIK.
![]() |
![]() |