TENGKU MAHKOTA KELANTAN BERKENAN IMARAHKAN ISRAK DAN MIKRAJ BERSAMA LEBIH 1,000 RAKYAT JELATA

Berita 2025 Jumlah paparan: 60

Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan lsmail Petra, Tengku Mahkota Kelantan pada malam ini berkenan berangkat bagi mengimarahkan malam Israk dan mikraj bersama lebih 1,000 rakyat jelata.

Baginda berangkat ke Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu bersempena dengan majlis Memperingati Israk dan Mikraj Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1446H/2025M.

Ketibaan Baginda disambut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Dato’ Haji Mohd Nasuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan.

Baginda kemudian berkenan menunaikan solat Maghrib yang diimamkan oleh Imam Tua 1 Masjid Jamek Muhammadi, Ustaz Haji Hairul Azizi Mokhtar dan kemudiannya mendengar Forum Perdana Sempena Majlis Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj.

Forum Perdana ini dikendalikan oleh AF. Ustaz Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah, Ketua Pegawai Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) selaku moderator dengan penampilan dua ahli panel iaitu, AF. Dr. Yusri bin Mohamad, Ahli Jamaah Ulama’ MAIK dan AF. Ustaz Azizi bin Seman, Penyarah Kanan Akademi Pengajian Islam

Baginda berangkat meninggalkan majlis selepas menunaikan solat Isyak berjemaah.

#MAIK2025

#IsrakMikraj1446H

flickr

www.flickr.com
Cetak
Admin
Admin