faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT MAIK

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembayar zakat yang sentiasa berterusan memberi kepercayaan kepada kami untuk menguruskan zakat mereka bagi membantu insan memerlukan.

Pada 10 Ogos 2023 bersamaan 23 Muharram 1445H, Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK telah menerima lebih RM11 juta bayaran zakat perniagaan bagi tahun 2022 daripa

da enam badan korporat.

Majlis ringkas yang diadakan di Dewan Kijang 3, Hotel Perdana tersebut juga telah dihadiri Yang Amat Berusaha Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Pada majlis ini, Yang Berbahagia, Dato’ Mohyen bin Mosman, Pengarah Wilayah Timur Lembaga Tabung Haji telah menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM7,720,439.00.

Seterusnya, Yang Berbahagia Encik Muhamad Azli bin Ab Rahman, Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad Kelantan telah menyerahkan replika cek zakat perniagaan berjumlah RM2,210,000.00.

Pihak Maybank Islamic Berhad juga telah membayar zakat perniagaan sebanyak RM1,022,979.60 dan penyerahan zakat telah dilakukan oleh Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Farid Qoureshmi Md Daud, Pengarah Wilayah Pahang, Kelantan dan Terengganu Maybank.

Pada majlis sama, pihak Agrobank dihadiri oleh Yang Mulia Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank telah menyerahkan zakat perniagaan bernilai RM500 ribu.

Sementara itu juga, Ketua Pegawai Pemasaran-Ejensi dan Korporat Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad telah menyerahkan cek zakat perniagaan Takaful Malaysia Keluarga Berhad berjumlah RM150 ribu dan zakat perniagaan Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad berjumlah RM50,000.00 bagi tahun 2022.

Koperasi Guru Malaysia Kelantan juga, menerusi Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Rofi bin Mohd Zain, Pengerusi Lembaga Koperasi Guru Melayu Kelantan turut membayar zakat perniagaan mereka berjumlah RM292,755.38.

“𝒀𝒂 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒚𝒂 𝑻𝒖𝒉𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒎𝒊, 𝒌𝒖𝒓𝒏𝒊𝒂𝒌𝒂𝒏𝒍𝒂𝒉 𝒑𝒆𝒎𝒃𝒂𝒍𝒂𝒔𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒆𝒓𝒃𝒂𝒊𝒌 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒂 𝒑𝒆𝒎𝒃𝒂𝒚𝒂𝒓 𝒛𝒂𝒌𝒂𝒕 𝑴𝒂𝒋𝒍𝒊𝒔 𝑨𝒈𝒂𝒎𝒂 𝑰𝒔𝒍𝒂𝒎 𝒅𝒂𝒏 𝑨𝒅𝒂𝒕 𝑰𝒔𝒕𝒊𝒂𝒅𝒂𝒕 𝑴𝒆𝒍𝒂𝒚𝒖 𝑲𝒆𝒍𝒂𝒏𝒕𝒂𝒏 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒊𝒏𝒊, 𝒌𝒉𝒖𝒔𝒖𝒔𝒏𝒚𝒂 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑳𝒆𝒎𝒃𝒂𝒈𝒂 𝑻𝒂𝒃𝒖𝒏𝒈 𝑯𝒂𝒋𝒊, 𝑻𝒆𝒏𝒂𝒈𝒂 𝑵𝒂𝒔𝒊𝒐𝒏𝒂𝒍 𝑩𝒆𝒓𝒉𝒂𝒅, 𝑴𝒂𝒚𝒃𝒂𝒏𝒌 𝑰𝒔𝒍𝒂𝒎𝒊𝒄 𝑩𝒆𝒓𝒉𝒂𝒅, 𝑨𝒈𝒓𝒐𝒃𝒂𝒏𝒌, 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒊𝒌𝒂𝒕 𝑻𝒂𝒌𝒂𝒇𝒖𝒍 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 𝑲𝒆𝒍𝒖𝒂𝒓𝒈𝒂 𝑩𝒆𝒓𝒉𝒂𝒅 𝒅𝒂𝒏 𝑻𝒂𝒌𝒂𝒇𝒖𝒍 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 𝑨𝒎 𝑩𝒆𝒓𝒉𝒂𝒅 𝒔𝒆𝒓𝒕𝒂 𝑲𝒐𝒑𝒆𝒓𝒂𝒔𝒊 𝑮𝒖𝒓𝒖 𝑴𝒆𝒍𝒂𝒚𝒖 𝑲𝒆𝒍𝒂𝒏𝒕𝒂𝒏.

𝑺𝒖𝒄𝒊𝒌𝒂𝒏𝒍𝒂𝒉 𝒉𝒂𝒓𝒕𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒛𝒆𝒌𝒊 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂, 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒂𝒕𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒍𝒖𝒂𝒓𝒈𝒂 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂, 𝒌𝒖𝒓𝒏𝒊𝒂𝒌𝒂𝒏𝒍𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒖𝒏𝒕𝒖𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒈𝒂𝒏𝒅𝒂 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒏𝒊𝒂𝒈𝒂𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂, 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒅𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒖𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒛𝒂𝒌𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝒍𝒆𝒃𝒊𝒉 𝒕𝒊𝒏𝒈𝒈𝒊 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒕𝒂𝒉𝒖𝒏-𝒕𝒂𝒉𝒖𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒅𝒂𝒕𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒆𝒕𝒆𝒓𝒖𝒔𝒏𝒚𝒂 𝒎𝒂𝒎𝒑𝒖 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏𝒕𝒖 𝒑𝒂𝒓𝒂 𝒂𝒔𝒏𝒂𝒇 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒍𝒆𝒃𝒊𝒉 𝒆𝒇𝒆𝒌𝒕𝒊𝒇 𝒍𝒂𝒈𝒊. 𝑻𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒔𝒆𝒈𝒂𝒍𝒂 𝒂𝒎𝒂𝒍 𝒅𝒂𝒏 𝒊𝒃𝒂𝒅𝒂𝒉 𝒑𝒂𝒓𝒂 𝒑𝒆𝒎𝒃𝒂𝒚𝒂𝒓 𝒛𝒂𝒌𝒂𝒕 𝑴𝑨𝑰𝑲 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒊𝒏𝒊 𝒂𝒈𝒂𝒓 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒌𝒆𝒃𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒊 𝒅𝒖𝒏𝒊𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒅𝒂𝒏 𝒅𝒊 𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓𝒂𝒕 𝒏𝒂𝒏𝒕𝒊."

Terima Kasih Pembayar Zakat, Anda Hero Sebenar Asnaf!

#MAIK2023

#ZakatMAIK

flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3614
Kelmarin5342
Minggu Ini8956
Bulan Ini19894
Jumlah Pengunjung15261440