orange   green   default   red   malay   English  
faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TRAGEDI 10 MINIT SEBELUM BERBUKA : MAIK HULURKAN BANTUAN SEGERA

Tiada siapa menyangka, dalam kesibukkan menyediakan juadah dan sedang menunggu kira-kira 10 minit untuk berbuka puasa telah meninggalkan igauan buat enam keluarga di Kampung Belakang Masjid di Tumpat, Kelantan.

Apa tidaknya kerana dalam tempoh menunggu azan Maghrib berkumandang itu, mereka diuji dengan kejadian kebakaran, yang mana empat kediaman telah hangus dan tidak dapat diselamatkan, manakala satu lagi hanya musnah sebahagian sementara satu premis lagi mengalami kerugian kecil.

Tragedi pada hari ketiga Ramadan itu telah mendapat perhatian segera daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). YABrs. Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Ketua Jajahan Tumpat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Masjid Ismaili Bandar Tumpat telah mewakili MAIK turun padang bertanya khabar dan menyampaikan bantuan wang tunai kepada mangsa.

Beliau yang turut disertai, AF. Ustaz Fathul Hakim bin Kamarul Zaman, Imam Tua Masjid Ismaili Bandar Tumpat telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM2,000 kepada setiap empat orang ketua keluarga. Sementara seorang mangsa lagi menerima RM1,000 dan mangsa keenam mendapat RM500.

Lihatlah betapa bermaknanya wang zakat yang diinfakkan menerusi MAIK. Dapatlah kita bersama-sama MAIK menggembirakan keluarga memerlukan yang ditimpa ujian. Membantu mereka yang hilang tempat tinggal dengan sekelip mata. Hanya ALLAH SWT yang mampu membalasnya.

Sama-sama kita doakan agar semoga semua mangsa dapat bersabar atas musinah yang dilalui ini dan ALLAH SWT akan memberikan ganjaran di atas kesabaran umat-umatnya ini.

#MAIKPrihatin

#MAIK2022

#ramadan2022

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1230
Kelmarin1658
Minggu Ini7564
Bulan Ini51150
Jumlah Pengunjung3423678