faq lokasi aduan peta


BERITA 2026

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

ZAKAT MAIK LEGAKAN BEBAN 5 BERADIK YATIM PIATU DI PASIR PUTEH

Nasib lima beradik yatim piatu di Kampung Chengal Batu yang sebelum ini tular selepas hidup serba kekurangan akhirnya mendapat perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Kisah menyayat hati keluarga tersebut yang terpaksa mengikat perut dengan hanya menjamah nasi dan telur rebus sekali sehari selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa akibat penyakit kronik telah sampai ke pengetahuan MAIK.

Anak sulung keluarga itu, Nur Alia Natasha binti Mohd Fauzi, 18, sebelum ini memikul tanggungjawab besar menjaga empat adiknya selepas ibu mereka, Siti Roziana binti Muda meninggal dunia pada Oktober tahun lalu akibat komplikasi paru-paru dan kencing manis, manakala bapa mereka, Mohd Fauzi bin Mat Zain pula pergi buat selamanya akibat serangan jantung pada April lalu.

Prihatin dengan keadaan tersebut, pihak MAIK telah turun padang menziarahi keluarga berkenaan semalan dan menyalurkan sumbangan segera sebanyak RM2,000 dan juga meluluskan bantuan bulanan sebanyak RM500 sebulan bagi menampung keperluan asas serta perbelanjaan harian mereka termasuklah kebajikan adik-beradik Natasha.

Bagi memberi keselasaan kepada mereka 5 beradik pihak MAIK juga akan membaik pulih rumah mereka sebagaimana yang dimohon oleh Natasha.

Selain bantuan kewangan, MAIK turut mengambil pendekatan dengan memperkenalkan imam kepada keluarga berkenaan supaya sebarang masalah atau keperluan mendesak dapat dirujuk dengan lebih cepat dan diselesaikan segera.

Semoga sumbangan zakat ini dapat membantu mengurangkan bebanan keluarga ini dan adik-beradik Natasha boleh bersekolah dengan baik kerana pendidikanlah jalan terbaik untuk membantu kehidupan mereka yang mendatang nanti. 

#MAIK2026

#ZAKATMAIK

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini195
Kelmarin4819
Minggu Ini20642
Bulan Ini78400
Jumlah Pengunjung71160254