• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Tuesday Rabiul Awal 3 1442
Wednesday October 21 2020

NEWS 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK BANTU KELUARGA ASNAF DI KEDAI BULUH, KOTA BHARU

YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua MAIK menyerahkan sumbangan  kepada Encik Fadli bin Jusoh di kampung Kedai Buluh, Kota Bharu  pada  14.11, 2017. 

Encik Fadli bin Jusoh , berumur 36 tahun , bekerja mengambil upah mengutip buah kelapa dengan pendapatan RM20.00 sehari. Isteri mengambil upah menyiang ikan, menconteng batik dengan pendapatan RM35.00 sehari. Mereka mempunyai 2 orang anak yang berumur 10 tahun dan 5 tahun. Anak yang berumur 10 tahun tidak bersekolah kerana faktor kemiskinan serta malu dengan ejekan  kawan-kawan kerana tinggal di rumah kecil seperti kandang kambing.  Mereka tinggal di rumah usang  yang  amat dhaif  dengan  tiada kemudahan tandas dan tiada bilik tidur. Bekalan elektrik disambung  dari rumah ibu. Kes ini mendapat liputan akhbar Harian Metro bertarikh 13 November, 2017 dengan tajuk “EJEK  RUMAH KAMBING”. 

Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan wang tunai segera  di samping mempertimbangkan bantuan untuk membaikpulih rumah Encik Fadli bin Jusoh. Sumbangan yang diberikan diharap dapat meringkan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini

 

Disediakan Oleh : Shamun Binti Daud

 

 

 

CONTACT US

Telephone : +609-7481512

Free-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Email: maik [at] e-maik [dot] my

Follow Us:

COUNTER VISITOR

Today92
Yesterday1947
This Week4073
This Month37514
All1496351

X

MENU