• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Monday Zulkaedah 22 1441
Monday July 13 2020

NEWS 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BENGKEL LATIHAN (TRAINING CENTRE) PROGRAM ENGLISH AT MASJID (EN@M) BLOK 2

29 & 30 Jun 2018 – Bengkel latihan (Training Centre), Program English At Masjid (En@M) anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah diadakan pada 29 Jun 2018 (Jumaat) (melibatkan guru Sekolah Rendah) dan 30 Jun 2018 (Sabtu) (melibatkan guru Sekolah Menengah).

Bengkel yang diadakan di Dewan Serbaguna, Tingkat 1, Kompleks Islam Jubli Perak, Panji, Kota Bharu, Kelantan ini bertujuan memberi penerangan dan pendedahan mengenai modul program (EN@M) 2018 kepada guru yang terlibat dengan program (En@M) bagi Blok 2, tahun 2018. Ianya penting untuk memastikan kefahaman guru dalam menyampaikan ilmu selaras dengan modul yang disediakan. Perkara itu juga penting demi mencapai objektif utama program tersebut iaitu mempertingkatkan pencapaian penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan masyarakat Islam yang terdiri daripada golongan asnaf di negeri Kelantan. Penceramah bagi bengkel tersebut merupakan penggubal modul program En@M dan merupakan pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah berpangkat School Improvement Specialist Coach + (SISC+) yang telah bersama dengan program ini sejak dari awal penubuhan program.

 

Disediakan Oleh : Siti Asmah Binti Abdul Ghafar

 

 

 

CONTACT US

Telephone : +609-7481512

Free-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Email: maik [at] e-maik [dot] my

Follow Us:

COUNTER VISITOR

Today1814
Yesterday1057
This Week1814
This Month13461
All1283198

X

MENU