• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Saturday Zulhijjah 18 1441
Saturday August 08 2020

BERITA 2020

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENANDATANGANAN PERJANJIAN KERJASAMA PENERBITAN ENSIKLOPEDIA BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (EBAIK)

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah berjaya menganjurkan Majlis Penandatanganan Perjanjian Kerjasama Penerbitan Ensiklopedia Budaya dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (EBAIK) yang berlangsung pada 19 Disember 2019 (Khamis) bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul  Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Lebih daripada 500 orang peserta telah hadir ke majlis ini yang terdiri daripada Sasterawan-sasterawan Negara, Penggiat Seni, Pakar Budaya dan Bahasa, Karyawan-karyawan, Ahli MAIK, Mahasiswa dan mahasiswi IPTA, Penuntut Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, serta kakitangan MAIK dan DBP.

Objektif utama penerbitan ensiklopedia ini adalah menjadikannya sumber rujukan utama mengenai Kelantania khusus dari segi budaya dan adat istiadat melayu di sebuah wilayah peradaban Melayu Timur Laut. Ensiklopedia ini seterusnya boleh menjadi kebanggaan, menaikkan imej dan prestij negeri Kelantan.

Keberangkatan Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul  Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan ke majlis tersebut pada jam 10.00 pagi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta persembahan silat dan disusuli dengan syarahan perdana Tok Kenali oleh YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria bin Ghazali serta dendangan syair. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Profesor Datuk Dr. Mohamed Hatta bin Shaharom (Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka). Seterusnya Majlis diteruskan dengan Titah Ucapan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan yang kemudiannya Sesi Penandatanganan Perjanjian Kerjasama Penerbitan Ensiklopedia Budaya dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (EBAIK)  antara DBP dengan MAIK. Turut diadakan pelancaran 3 buah buku terbitan MAIK iaitu Syair Adat Istiadat Kesultanan Melayu Kelantan, Indeks Bibliografi Kelantan dan Bahasa Istana D’Raja Kelantan. Majlis ini diakhiri dengan bacaan doa penutup oleh Imam Besar MAIK, YBrs. Al-Fadhil Tuan Haji Muhammad Hana Pizi bin Abdullah.

 

Disediakan Oleh :  Nor Alimi bin Abdullah

 

flickr
www.flickr.com
                   

CONTACT US

Telephone : +609-7481512

Free-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Email: maik [at] e-maik [dot] my

Follow Us:

COUNTER VISITOR

Today1007
Yesterday2024
This Week11330
This Month13890
All1343521

X

MENU