• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Tuesday Rabiul Awal 3 1442
Wednesday October 21 2020

BERITA 2020

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM IT’AM MAIK DI MASJID MUHAMMADI, KOTA BHARU

Bermula pada 9 Januari 2020, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah menganjurkan satu program kebajikan iaitu program memberi makan kepada golongan yang memerlukan.

Cetusan idea daripada YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK, Hj Zulkifle bin Ab Rahman menunjukkan MAIK mengambil cakna dan prihatin kepada golongan ini terutamanya dari kalangan fakir miskin. MAIK akan membelanjakan peruntukkan hasil daripada kutipan zakat yang diperolehi untuk menjayakan program ini. Program yang dinamakan Program IT’AM MAIK beroperasi di perkarangan Masjid Muhammadi, Kota Bharu akan diadakan setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis bermula jam 12.00 tengahari hingga 1 .00 petang.

Sekitar jam 11.30 pagi mereka yang terdiri daripada golongan asnaf telah mula datang ke lokasi untuk mengambil makanan. Sementara itu, sebagai pengisian rohani mereka satu tazkirah ringkas telah diberi supaya dapat menyuntik sedikit sebanyak ilmu serta perkongsian daripada pentazkir.

Dari riak wajah dan temu bual bersama golongon ini, mereka mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada MAIK kerana sudi memberi makanan secara percuma kepada mereka.

 

Disediakan Oleh : Siti Farahida Bt. Fauzi

 

flickr
www.flickr.com
                   

CONTACT US

Telephone : +609-7481512

Free-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Email: maik [at] e-maik [dot] my

Follow Us:

COUNTER VISITOR

Today107
Yesterday1947
This Week4088
This Month37529
All1496366

X

MENU