SKIM SIMPANAN NASIONAL UNTUK PENGHUNI DARUL AITAM MAIK

Berita 2024 Hits: 302

Unit Darul Aitam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) melalui saranan Yang Amat Berusaha Haji Zulkifle Bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK telah bersetuju supaya Pengurusan Darul Aitam MAIK mengurus dan membuat simpanan untuk semua penghuninya menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan menggunakan peruntukan Tabung Kebajikan Darul Aitam MAIK.

Ia boleh dilaksanakan dengan membuka akaun sebanyak RM100 setiap seorang.

Skim ini dilaksanakan supaya semua penghuni Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Darul Aitam MAIK akan mendapat kemudahan untuk pelajaran mereka selepas keluar dari Darul Aitam MAIK nanti.

#MAIK2023

Print
Admin
Admin