Call Us:+609-7481512
Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30
![]()
Search FAQs
|
![]() Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi : Borang jawatan kosong MAIK boleh didapati di Tingkat 1, Blok Pentadbiran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan atau boleh di muat turun di portal MAIK. Pelajar yang berminat untuk menjalani latihan praktikal di MAIK bolehlah menghantar surat permohonan untuk menjalani latihan kepada MAIK atau emelkan permohonan kepada Unit sumber Manusia di hr@e-maik.my |
![]() Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi : Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa tertakluk kepada Pekeliling Pentadbiran MAIK Bilangan 1 Tahun 2011 bertarikh 27 Januari 2011, pengambilan cek-cek di MAIK perlulah dipatuhi sebagaimana berikut : Ibu/Bapa kepada penerima cek perlu mengemukakan kad pengenalan beserta dengan salinan kad pengenalan penerima cek bagi tujuan semakan oleh kakitangan MAIK |
![]() Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi : Cara Bayaran 01 : Membayar di Kaunter Zakat Pejabat MAIK Cara Bayaran 02 : Membayar melalui Skim Potongan Gaji Cara Bayaran 03 : Membayar zakat melalui Pos Malaysia Berhad Cara Bayaran 04 : Membayar melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (Bimb) Cara Bayaran 05 : Bayaran zakat di kaunter Pejabat Pos Cara Bayaran 06 : Bayaran zakat melalui internet Banking Cara Bayaran 07 : Membayar menerusi Portal MAIK (e-Zakat Payment) - www.e-maik.my Cara Bayaran 08 : Membayar zakat di Pusat Mini Pungutan Zakat MAIK Cara Bayaran 09 : Membayar melalui kaunter Zakat Bergerak Cara Bayaran 10 : Membayar melalui aplikasi mobile (MyMAIK e-Zakat Payment) Cara Bayaran 11 : Membayar di kaunter MAIK, UTC Kota Bharu (Tingkat 2) Ya, pembayaran zakat boleh dibuat kepada maik walaupun bekerja di luar Negeri Kelantan. Pembayaran zakat melalui skim potongan gaji MAIK:- Borang Skim Potongan Gaji MAIK boleh di muat turun melalui Portal Rasmi MAIK di sini Permohonan untuk mendapatkan penyata bayaran zakat tahunan boleh menerusi emel kepada zakat@e-maik.my atau berhubung terus dengan kakitangan Unit Zakat di talian 09-7481512. Kemaskini alamat boleh menerusi emel kepada zakat@e-maik.my atau berhubung terus dengan kakitangan Unit Zakat di talian 09-7481512. Terdapat dua garis panduan mengira zakat pendapatan sama ada: |
![]() Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi : Harta perniagaan akan dikira berasaskan nilai-nilai yang terdapat dalam kunci kira-kira sesebuah perniagaan atau taksiran inventori yang ada. Penghutang perdagangan atau Akaun belum terima akan dizakatkan apabila diyakini penghutang tersebut akan membayar balik ataupun ada bukti-bukti yang membolehkan hutang tersebut dikutip semula adanya cagaran,surat jaminan bank dan sebagainya.Bagi kes penghutang yang diragui kutipannya,zakat tidak dikenakan ke atasnya. Menurut Imam Syafie,tidak ada syarat hutang dalam menentukan sama ada harta tersebut layak nisab atau tidak.Menurutnya orang yang berhutang wajib membayar zakat kerana harta yang diperolehi dengan cara hutang dianggap harta sendiri kerana peminjam berhak untuk menggunakan mengikut kehendaknya jika harta itu menjadi miliknya dan sumber untuknya. Komponen dalam aset semasa boleh berpunca sama ada daripada modal (ekuiti) atau pinjaman pelaburan atau aktiviti jual beli. Maka pada tarikh taksiran zakat perniagaan dilakukan, hanya item-item aset semasa yang cukup syarat milik sempurna akan dikenakan zakat setelah mengambil kira tolakan, pengecualian dan pelarasan yang dibenarkan. Sebab itu dapat diperhatikan bahawa syarikat yag rugisekali pun mungkin mempunyai aset milik sempurna yang cukup syaratnya dan cukup nisab, seterusnya wajib membayar zakat. |
Antara sumber-sumber Baitulmal :
Pemohon yang berminat untuk menyewa premis Baitulmal MAIK perlu mengisi Borang Permohonan Sewaan Premis. Borang ini boleh didapati di kaunter Baitulmal MAIK atau muat turun borang melalui Portal Rasmi MAIK Luqatah adalah barang yang ditemui, disesuatu tempat yang bukan milik seseorang. Misalnya, seorang muslim menjumpai akan sesuatu barang lalu ia khuatir tersia-sia barang itu, kemudian ia memungutnya. contohnya emas, jam, dan lain-lain |
Cara mewakafkan hartanah ialah dengan menulis surat rasmi permohonan kepada pihak MAIK bersama-saa dokumen berikut :
Boleh. Jemaah Ulama mengharuskan berwakaf dalam bentuk wang tunai. Pihak MAIK menerima pewakafan wang tunai dan akan menukarkannya dalam bentuk harta kekal (Bangunan/hartanah). Sumbangan Wakaf Tunai boleh disalurkan melalui kaedah berikut :-
Status pewakafan atau pengesahan tanah wakaf boleh dibuat dengan menghantar surat rasmi perkara berkaitan dengan melampirkan doumen berikut :
Terdapat 4 Kategori iaitu :-
|
![]() Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi : MAIK telah menyediakan borang permohonan khusus bagi permohonan penyelenggaraan masjid dan surau di jajahan negeri kelantan. Walau bagaimanapun, pemohon juga boleh mengutuskan surat kepada maik bagi memaklumkan hasrat bagi pembaikian masjid dan madrasah berkenaan.
MAIK sedaya upaya akan membuat lawat siasat terhadap aduan kerosakan bangunan MAIK dalam tempoh 2 minggu. |
![]() Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi : Permohonan bolehlah dibuat dengan menghantar surat permohonan kepada pihak pengurusan MAIK beralamat di Kompleks Islam Darulnaim, Lundang selewat-lewatnya dua minggu sebelum program. Bagi pengguna dalaman, bolehlah mengisi borang yang telah disediakan. Boleh. Namun, surat permohonan perlulah dihantar segera. Buat masa sekarang, tempahan untuk penggunaan dan penyewaan kemudahan-kemudahan di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra adalah terhad kepada jabatan-jabatan kerajaan negeri serta bagi program kerjasama dengan MAIK. Tidak. Penggunaan Dewan Utama di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra bagi tujuan kenduri adalah tidak dibenarkan. Antara kemudahan yang terdapat di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra ialah Dewan Utama, Dewan Serbaguna, Dewan Makan, Bilik Penginapan, Rumah Tamu, Masjid, dan Asrama. |
![]() Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi : Pemohon yang berminat dan layak bolehlah membuat permohonan melalui imam mukim masing-masing. Permohonan ini hendaklah dihantar ke pejabat Daru l Aitam untuk ditapis. Lawat siasat akan dilaksanakan sebelum panggilan temuduga dibuat. Tapisan kedua akan dibuat melalui temuduga yang dibuat. Penghuni Darul Aitam akan diberi kemudahan tempat tinggal di asrama, perbelanjaan keperluan sekolah, wang saku persekolahan, kemudahan pembelian buku, kelas tuisyen, dan lain-lain yang menjadi keperluan. Ya, boleh. Ibu/penjaga dibenarkan melawat penghuni pada hujung minggu. |
![]() Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi : Sehingga kini, terdapat 14 Judul buku yang ada di Unit Penerbitan, MAIK namun jumlah judul buku baru akan sentiasa di update dari semasa ke semasa. Tempahan boleh dibuat melalui pembelian buku online menerusi sistem e-Penerbitan MAIK, menelefon kepada Unit Penerbitan, MAIK atau dengan mengisi borang langganan buku yang terdapat dalam majalah pengasuh yang dibeli. Langganan majalah pengasuh boleh dibuat melalui telefon kepada Unit Penerbitan, MAIK atau boleh dibuat dengan mengisi borang langganan majalah pengasuh yang boleh di MUAT TURUN di portal rasmi MAIK atau yang terdapat dalam majalah pengasuh yang dibeli. Terdapat 3 cara pembayaran buku iaitu Kebiasaan buku akan sampai kepada pengedar dalam tempoh 3 hari waktu bekerja daripada tempahan buku dibuat. Diskaun yang akan diberi kepada pembeli bergantung kepada jumlah buku yang diambil. Akan tetapi mana-mana pembeli yang datang beli sendiri di Unit Penerbitan, MAIK akan diberi diskaun/potongan sebanyak 10%. |
![]() Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi : Perpustakaan Islam MAIK merupakan sebuah perpustakaan khusus dibawah pengurusan MAIK, dibuka untuk semua lapisan masyarakat. Bahan bacaan / maklumat yang ada diperpustakaan Islam MAIK adalah koleksi kitab hadis, feqah, tafsir, akidah, kertas kerja dan thesis.Terdapat juga koleksi terbitan MAIK sendiri seperti majalah pengasuh, laporan tahunan MAIK, buletin MAIK dan banyak lagi. |
![]() Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 (Enakmen No. 4 Tahun 1994) menerusi Bahagian II Seksyen 5 (1):
Sebagaimana umum mengetahui justifikasi penubuhan Unit Adat Istiadat, maka begitu juga dengan sumbangan Unit Adat Istiadat kepada masyarakat. Bahan-bahan hasil kajian yang dijalankan akan diterbitkan dan didokumentasikan. Masyarakat umum boleh merujuk kepada kajian tersebut bagi mendapatkan maklumat berkenaan adat dan istiadat Melayu di negeri ini. Kajian dan pendokumentasian ini dilakukan bagi melestarikan khazanah warisan Melayu Kelantan dari terus malap ditelan dek zaman. Biarpun tidak diamalkan lagi pada masa sekarang, sekurang-kurangnya terdapat maklumat dan bahan bagi memperkatakan tentang warisan tersebut. Penyelidikan dan pendokumentasian yang dijalankan di MAIK adalah berlandaskan kepada Enakmen MAIK No. 4 tahun 1994 di bawah Seksyen 38, Adat istiadat yang tidak berlawanan: Dalam mengetengahkan bahan penyelidikan dan maklumat Adat Istiadat kepada masyarakat awam, aktiviti lain yang memberi peranan yang sama melalui anjuran seminar, bengkel, wacana, diskusi, persidangan dan umpamanya. Hal ini secara tidak langsung dapat mnedekati masyarakat dalam memberi pendedahan dan pemahaman kepada mereka. Selain itu, melalui cetakan pamphlet unit juga sebagai satu langkah ke arah tersebut. |