faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KANAK-KANAK ISTIMEWA TERIMA SUMBANGAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Encik Mohd Zain bin Abdullah, seorang bapa tunggal yang  bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM800 sebulan. Beliau menanggung 6 orang anak di mana 3 daripadanya mengidap penyakit genetic cerebral palsy. Anak-anak istimewa beliau berumur 23 tahun, 16 tahun dan 15 tahun. Isteri beliau baru sahaja meninggal dunia pada 18 Disember 2017 akibat penyakit kanser payu dara.

Sebelum ini tugas menjaga anak-anak istimewa ini diuruskan oleh arwah isteri beliau, tetapi tugas ini sekarang terletak sepenuhnya di bahu beliau dengan dibantu oleh anak perempuan beliau yang 25 tahun.

Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada En Mohd. Zain bin Abdullah   untuk menampung perbelanjaan anak-anak istimewa ini yang sudah  tentunya memerlukan perbelanjaan yang besar setiap bulan. Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit masalah kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2698
Kelmarin2634
Minggu Ini12772
Bulan Ini102946
Jumlah Pengunjung22987550