faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KANAK-KANAK PESAKIT HURLER SYNDROME (MPS 1) TERIMA SUMBANGAN MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Adik Muhammad Adam Faliq bin Muhamad Hasikin, berusia 1 tahun 7 bulan merupakan anak pertama kepada pasangan Muhamad Hasikin dan Amalina yang  disahkan mengidap penyakit “Hurler Syndrome (MPS1) iaitu kekurangan sejenis enzim di dalam badan selepas menjalani pembedahan ketika berumur 5 bulan. Akibat penyakit ini kanak-kanak ini mengalami masalah bengkak hati, masalah pendengaran dan tidak boleh berjalan serta bercakap. Doktor mengesahkan pesakit ini memerlukan suntikan enzim sebanyak 104 vial setahun dan setiap vial enzim berharga RM2,550.50. Jumlah yang diperlukan untuk suntikan enzim ini setiap tahun ialah sebanyak RM265,252.00  dan  enzim ini diperlukan sepanjang hayat beliau.

Bapa kepada pesakit ini bekarja sebagai ejen hartanah dengan pendapatan lebih kurang RM1,000.00 sebulan dan tidak  mampu menampung kos yang terlalu tinggi untuk rawatan adik Muhammad Adam Faliq.

Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada En Muhammad Hasikin   untuk menampung perbelanjaan rawatan anak beliau . Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit masalah kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1545
Kelmarin2950
Minggu Ini17942
Bulan Ini89316
Jumlah Pengunjung22973920