faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN MENYALURKAN SUMBANGAN KEPADA PENGURUSAN DAN PELAJAR MADRASAH MUHAMMADIAH PONDOK BETA HILIR, KOTA BHARU

Madrasah Muhammadiah, Pondok Beta Hilir, Jalan  Beta Hilir terlibat dengan kebakaran pada 28.12.2017 lebih kurang jam 7.50 malam. Kebakaran ini memusnahkan 14 buah pondok kayu yang didiami oleh pelajar madrasah tersebut dan tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran tersebut.

Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan kepada pihak pengurusan  Pondok sebanyak RM30,000.00 untuk menampung pembangunan semula pondok tersebut. Di samping itu  MAIK juga menyalurkan sumbangan kepada 24 orang pelajar pondok tersebut sebanyak RM1,000.00 seorang untuk menampung pembelian kitab-kitab dan buku-buku serta lain-lain peralatan yang musnah dalam kebakaran tersebut. Jumlah keseluruhan sumbangan ialah sebanyak RM54,000.00.Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung oleh pihak Pengurusan dan juga pelajar-pelajar Pondok ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini105
Kelmarin2634
Minggu Ini10179
Bulan Ini100353
Jumlah Pengunjung22984957