faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJIS PERSEMBAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN KUMPULAN PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB) BAGI TAHUN 2012 SEHINGGA 2016 KEHADAPAN YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA KELANTAN

8 November 2017 (Rabu) - Satu program meraikan pihak Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) mempersembahkan Cek Zakat Perniagaan Tahun 2012 sehingga 2016 kehadapanYang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berlangsung pada 8 November 2017 (Rabu) pada jam 12.00 tengahari bertempatdi Istana Kota Lama, Kota Bharu.

Cek Zakat perniagaan berjumlah RM11,867,200.00ini telah dipersembahkan oleh Yang Berbahagia Dato’ Abdul Rahman Ahmad, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan, Yang Berhormat Sahibul Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan, Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abd. Hadi, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Yang Berbahagia Dato’ Idris Kechot, Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan PNB serta pegawai-pegawai kanan kedua-dua agensi.

Berdasarkan rekod pihak Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah membuat pembayaran zakat sebanyak 22 kali (termasuk pembayaran pada hari ini)dan diharapkan supaya Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini terus kukuh menjadi agensi tabungan yang cemerlang dalam menjana ekonomi Umat Islam dengan segala perkhidmatannya diberkati Allah swt.Semoga bayaran zakat yang dilaksanakan oleh Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti Wan Yusuf


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2628
Kelmarin2603
Minggu Ini10068
Bulan Ini100242
Jumlah Pengunjung22984846