MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN CO-OPBANK PERSATUAN BAGI TAHUN 2016 KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Berita 2017 Jumlah paparan: 1837

5 Disember 2017 (Selasa)     –     Satu Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan oleh Co-opbank Persatuan Malysia Berhad bagi tahun 2016 kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berlangsung pada 5 Disember 2017, jam 2.30 petang bertempat di Tingkat 4, Bangunan Lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Penyerahan zakat perniagaan ini telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad bin Haji Atan, Anggota Lembaga Co-opbank Persatuan kepada YABrs. Dr. Nik Mohd Azlan bin Abdul Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK dengan disaksikan pegawai-pegawai kanan kedua-dua belah pihak.

Pembayaran zakat tahun ini merupakan bayaran bagi kali ke 8 dengan jumlah sebanyak RM33,484.55 bagi tahun 2016. Majlis penerimaan cek diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Zakat MAIK, Ridhwan bin Abdul Rahman.

 

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

 

Cetak
Admin
Admin