faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN KUMPULAN QSR BRAND (M) HOLDINGS SDN BHD BAGI TAHUN 2016 KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

20 Disember 2017 (RABU)  –   Satu Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan oleh Kumpulan QSR Brand (M) Holdings Sdn Bhd bagi tahun 2016 kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berlangsung pada 20 Disember 2017, jam 2.30 petang bertempat di Tingkat 4, Bangunan Lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Penyerahan zakat perniagaan ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Faris Bin Yahaya, Ketua Tadbir Korporat Pengurusan Ekosistem QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd kepada YBrs. Nik Jessim bin Tan Sri Nik Hashim, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK dengan disaksikan pegawai-pegawai kanan kedua-dua belah pihak.

Pembayaran zakat tahun ini merupakan bayaran bagi kali ke 3 dengan jumlah sebanyak RM218,272.35 bagi tahun 2016. Majlis penerimaan cek diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Zakat MAIK, Ridhwan bin Abdul Rahman.

 

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini286
Kelmarin3078
Minggu Ini13438
Bulan Ini103612
Jumlah Pengunjung22988216