faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 1439H/2017M

Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan telah mengampuni perkenan untuk berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kelantan Bagi Tahun 1439H/2017M yang telah diadakan pada 11 Rabiulawal 1439H bersamaan 30 November 2017M (Khamis) bertempat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan mulai jam 6.00 petang.

Sebaik sahaja selesai Solat Fardhu Maghrib berjemaah, majlis diteruskan dengan Forum Khas yang disampaikan oleh Ahli Panel Jemputan iaitu YBhg Sahibus Samahah Dato’ Dr. Zulkifly Bin Muda, Mufti Negeri Terengganu dan YBhg Al Fadhil Ustaz Mohd Nazri Bin Mat Zin, Pensyarah Akademik Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Machang, Cawangan Kelantan. Manakala moderator jemuptan adalah YBhg. Al-Fadhil Ustaz Mokhtar Bin Yaacob, Pegawai Agama FELDA, Wilayah Kelantan.

Turut hadir pada majlis sambutan kali ini ialah Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan, YB. Dato’ Haji Mohd Amar Bin Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Yang Arif Dato’ Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu, Yang Berhormat Dato’ Shahidani Bin Abd Aziz @ Juned, Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Haji Nik Kazim Bin Haji Nik Yusoff, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, YB Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri Kelantan, YB YAA Dato’ Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, YBrs Tuan Haji Rusydee Bin Abdullah, Setiausaha MAIK, dan pegawai-pegawai  serta kakitangan MAIK. Turut serta dalam majlis tersebut ialah para jemputan khas dan muslimin-muslimat yang tinggal berhampiran  kawasan Masjid Muhammadi.  

 

Disediakan Oleh : Mohd Zahrin Bin Yusuf

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini532
Kelmarin3078
Minggu Ini13684
Bulan Ini103858
Jumlah Pengunjung22988462