faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN DOA SELAMAT SEMPENA PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE 48 TAHUN 2017

Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan telah mengampuni perkenan untuk berangkat ke Majlis Solat Hajat Dan Doa Selamat Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke 48 Tahun 2017 yang telah diadakan pada 20 Safar 1439H bersamaan 09 November 2017 (Khamis) bertempat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu mulai jam 6.30 petang.

Sebaik sahaja selesai Solat Fardhu Maghrib berjemaah,  majlis dimulakan dengan Solat Sunat Hajat, Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa yang dipimpin oleh Yang Berhormat Sahibul Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan.

Turut hadir pada majlis sambutan kali ini ialah YAB. Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan, Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Haji Abdullah Bin Ya’kub, Speaker Dewan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Shahidani Bin Abd Aziz @ Juned, Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Haji Nik Kazim Bin Haji Nik Yusoff, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Yang Amat Arif Dato’ Haji Daud Bin Muhammad (Dato’ Aria D’Raja) Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Parlimen Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan, Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, YBrs Tuan Haji Rusydee Bin Abdullah, Setiausaha MAIK, dan pegawai-pegawai  serta kakitangan MAIK. Turut serta dalam majlis tersebut ialah para jemputan khas dan muslimin-muslimat yang tinggal berhampiran  kawasan Masjid Muhammadi.  

 

Disediakan Oleh : Mohd Zahrin Bin Yusuf

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2702
Kelmarin2634
Minggu Ini12776
Bulan Ini102950
Jumlah Pengunjung22987554