faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS SOLAT JUMAAT, PENGURNIAAN ZAKAT KEPADA GOLONGAN ASNAF DAN JAMUAN RAKYAT SEMPENA KEBERANGKATAN YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA KELANTAN DR. TENGKU MUHAMMAD FA-IZ PETRA IBNI SULTAN ISMAIL PETRA KE MASJID SULTAN MUHAMMAD III, JAJAHAN PASIR MAS

Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengampuni perkenan untuk berangkat ke Majlis Solat Jumaat, Pengurniaan Zakat Kepada Golongan Asnaf Dan Jamuan Rakyat Sempena Keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra Ke Masjid Sultan Muhammad III, Jajahan Pasir Mas pada hari Jumaat, 04 Jamadilakhir 1438H bersamaan 03 Mac 2017M bertempat di Masjid Sultan Muhammad III, Jajahan Pasir Mas mulai jam 12.30 tengahari.

Sebaik sahaja selesai Solat Fardhu Jumaat berjemaah, Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan telah mengampuni perkenan untuk mengurniakan sumbangan sebanyak RM 5,000.00 kepada Jawatankuasa Masjid Sultan Muhammad III. Baginda Tuanku juga turut berkenan mengurniakan bantuan zakat kepada 100 orang asnaf fakir dan miskin sebanyak RM 300.00 seorang yang keseluruhannya berjumlah RM 30,000.00.

Turut hadir pada majlis ini ialah Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob (Dato’ Bentara Kanan), Menteri Besar Kelantan, Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Faudzi bin Haji Che Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, YABrs Encik Mohamad Nor Bin Husin, Ketua Jajahan Pasir Mas, YABrs Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, pegawai-pegawai Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas, pegawai-pegawai kanan MAIK, tetamu-tetamu jemputan serta jemaah-jemaah masjid.

Disediakan Oleh : Mohd Zahrin bin Yusuf

 

flickr
www.flickr.com

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1578
Kelmarin2603
Minggu Ini9018
Bulan Ini99192
Jumlah Pengunjung22983796