faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS SOLAT JUMAAT, PENGURNIAAN ZAKAT KEPADA GOLONGAN ASNAF DAN JAMUAN RAKYAT SEMPENA KEBERANGKATAN YMM PEMANGKU RAJA KELANTAN KE MASJID SULTAN YAHYA PETRA, JAJAHAN MACHANG

Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengampuni perkenan untuk berangkat ke Majlis Solat Jumaat, Pengurniaan Zakat Kepada Golongan Asnaf Dan Jamuan Rakyat Sempena Keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra Ke Masjid Sultan Yahya Petra, Jajahan Machang akan diadakan pada hari Jumaat, 07 Rabiulakhir 1438H bersamaan 06 Januari 2017M bertempat di Masjid Sultan Yahya Petra, Jajahan Machang mulai jam 12.30 tengahari.

Sebaik sahaja selesai Solat Fardhu Jumaat berjemaah, Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan telah mengampuni perkenan untuk mengurniakan sumbangan sebanyak RM 5,000.00 kepada Jawatankuasa Masjid Sultan Yahya Petra. Baginda Tuanku juga turut berkenan mengurniakan bantuan zakat kepada 150 orang asnaf sebanyak RM 300.00 seorang, 40 orang pelajar Anak Yatim Asrama Bakti sebanyak RM 300.00 seorang, seorang asnaf pesakit kronik sebanyak RM 3000.00 yang keseluruhannya berjumlah RM 60,000.00.

Turut hadir pada majlis ini ialah Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Faudzi bin Haji Che Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, YABrs Haji Mohd Zainudin Bin Mohamed, Ketua Jajahan Machang, YABrs Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, pegawai-pegawai Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang, pegawai-pegawai kanan MAIK, tetamu-tetamu jemputan serta jemaah-jemaah masjid.

Disediakan Oleh : Mohd Zahrin bin Yusuf

 

#
www.flickr.com

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini485
Kelmarin2634
Minggu Ini10559
Bulan Ini100733
Jumlah Pengunjung22985337