ADIK NUR SOLIHAH PESAKIT LEUKEMIA TAHAP 4 TERIMA SUMBANGAN MAIK

Berita 2018 Jumlah paparan: 1737

Adik Nur Solihah, berusia 3 tahun merupakan anak kepada pasangan Mohd. Abd Malik bin Ismail dan Norzimah binti Che Kob. Beliau merupakan anak ketujuh daripada tujuh orang adik beradik yang  disahkan mengidap penyakit LeukemiaTahap Empat. Penyakit beliau mula dikesan  pada 23 Ogos, 2017 yang sudah berada di tahap empat.  

Bapa kepada pesakit ini bekarja sebagai penghulu kampung dengan pendapatan RM900.00 sebulan dan  menanggung enam orang anak manakala ibu tidak bekerja. Perbelanjaan yang besar diperlukan setiap bulan untuk rawatan anak ini iaitu kos ulang alik ke hospital melebihi RM1,000 sebulan kerana kerap dimasukkan ke wad . Perbelanjaan rutin seperti pembelian lampin pakai buang dan susu khas lebih  kurang RM500.00 sebulan.

Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada En Mohd Abd Mailk bin Isnail   untuk menampung perbelanjaan rawatan adik Nur Solihah. Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit masalah kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

Cetak
Admin
Admin