
KELUARGA ASNAF TERIMA SUMBANGAN MAIK
Puan Ramlah binti Abdul Rahman mempunyai 9 orang anak di mana 5 daripadanya masih bersekolah. Mereka sekeluarga tinggal di rumah yang uzur dengan dinding yang berlubang dan atap yang bocor. Suami beliau merupakan tahanan di penjara Penor Pahang dan dijangka keluar pada bulan Jun, 2018.
Kehidupan mereka sekeluarga ditanggung oleh 2 orang anak yang bekerja sebagai pekerja kilang dan buruh dengan pendapatan yang tidak seberapa
Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Puan Ramlah untuk menampung sara hidup mereka sekeluarga . Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan yang dihadapi oleh keluarga ini.
Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.
Disediakan Oleh : Shamun Daud