LAWATAN KERJA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK) KE MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

Berita 2018 Jumlah paparan: 2215

Pada 22 Mac 2018, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi mempelajari pengurusan pembangunan projek dan hartanah wakaf yang telah dilaksanakan oleh pihak MAIWP. 

Ahli rombongan MAIK yang diketuai oleh Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi,  Timbalan Yang DiPertua MAIK, telah disambut baik oleh kakitangan MAIWP yang diketuai oleh Yang Amat Berusaha Encik Mohd Ajib Bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi MAIWP.

Dalam lawatan kerja ini, ahli rombongan berpeluang melihat pembangunan projek wakaf iaitu Menara Imarah Wakaf atau juga dikenali sebagai Menara Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang terletak di lot 168 dan 169 Jalan Perak Kuala Lumpur. Tanah seluas 1.21 ekar ini telah diwakafkan oleh Almarhum Ahmad Dawjee Dadhaboy yang terletak di lingkaran segitiga emas Kuala Lumpur dan dimanfaatkan dengan pembinaan bangunan setinggi 34 tingkat melalui kerjasama strategik antara MAIWP, Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Diharap melalui lawatan ini,  hubungan dua hala antara MAIK dan MAIWP akan terus terjalin dalam memacu pengurusan hartanah wakaf dibawah Majlis Agama Islam Negeri ke arah yang lebih progresif demi manfaat umat Islam seluruhnya.

 

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Bt Mohd Othman

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

Cetak
Admin
Admin